Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Kelebihan Membaca Surah Yasin Tak Mengira Waktu

Kelebihan Membaca Surah Yasin Tak Mengira Waktu. Surah Yasin adalah jantung al Quran. Surah Yasin ialah surah ke-36 dalam al-Quran. Surah ini mengandungi 83 ayat, tergolong dalam surah Makkiyyah, dan dikenali sebagai "jantung al-Quran" kerana kandungannya merangkumi tiga tema utama: keesaan Allah (tauhid), kenabian, dan kehidupan selepas kematian (hari kiamat).

Kebiasaan membaca Yasin adalah pada hari khamis malam jumaat, di samping pada majlis tahlil dan juga ada yang membacanya setiap hari usai solat subuh. 

Apabila kita membaca Yasin, dalam fikiran mesti terlintas, apakah kelebihannya membaca surah Yasin?

Kelebihan Membaca Surah Yasin
Sebahagian surah Yasin

Kelebihan Membaca Surah Yasiin Tak Mengira Waktu


1. Bila dibaca surah Yasin selepas solat subuh, nescaya Allah Taala mengabulkan segala doa dan permohonan kita. Mintalah apa saja yang baik-baik, insyaa Allah akan dapat. Saya dan mencubanya, memang mujarab. Tetapi berapa ramai dari kita yang kuat menahan mata yang mengantuk untuk menghabiskan bacaan tersebut. Sebab itu sesiapa yang rajin membaca surah Yasin selepas solat subuh, memang dia dari golongan yang beruntung.

2. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.


Kelebihan Membaca Surah Yasin
Sebahagian surah Yasin

3. Sabda Rasulullah s.a.w lagi,
“Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”

4. Terdapat sebuah hadith yang dinilai sahih oleh Ibn Hibban walaupun status menjadi perselisihan oleh para ahli hadith, namun Ibn Hibban meletakkan hadith ini di dalam kitabnya Sahih Ibn Hibban. Daripada Jundub bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَرَأَ يس فِي لَيْلَةٍ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ غُفِرَ لَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca surah Yasin pada malam hari untuk mencari redha Allah maka akan diampunkan dosanya”. [Riwayat Ibn Hibban, no. hadith 2574]

5. Sesiapa yang membacanya sebelum tidur atau di siang hari sebelum keluar rumah, maka hari itu sampai ke petang, ia tergolong pada orang-orang yang terjaga dan dikurniakan rezeki.

6. Sesiapa yang memasuki perkuburan (orang Islam), lalu membaca surah yasin, nescaya Allah akan meringankan azab daripada penghuni kubur pada hari itu dan pembacanya pula akan memperolehi kebaikan sebanyak bilangan hurufnya.

7. Barangsiapa membaca Surah Yasin setiap malam lalu ia meninggal dunia, maka ia mati syahid.

Penutup


Ada banyak kelebihan membaca surah Yasin tak kita waktu, pagi petang siang atau malam.. semua Allah izinkan ada kelebihannya. Setiap bacaan pasti ada ganjaran yang telah Allah sediakan. Kita membaca Yasin bukan kerana mahukan kelebihan yang bermacan-macam tetapi jika ada izinNya, apapun berlaku DIA akan memberikan kebaikan daripada sudut yang tidak terjangka.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

3 Comments

  1. Alhamdulillah banyak kelebihan membaca surah yasin ni.

    ReplyDelete
  2. Setiap kali memandu kereta dan bila dengar surah yasin, automatik akan turut sama membacanya, masing2 akan diam dalam kereta.

    ReplyDelete
  3. masjid di bandar Tanah Merah ni pun setiap malam akan baca surah Al-Mulk selepas Isyak..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.