Sambil tunggu order sampai, si abang sempat lagi nak cari air kat kedai berdekatan. Kan dia belum bekerja, apa-apa pun kami akan transfer kat akaun dia. Yang kami kagum tu, walau duit mak bapak bagi, tetap offer si adik nak beli macam-macam umpama duit dia tu dari gaji dia.. maksudnya dia amat pemurah dengan si adik. Touching tengok akrabnya mereka walau dari umur dia 13 tahun hingga 25 tahun tak pernah serumah dalam masa yang lama. Masing-masing sibuk membina masa depan. Itulah pengorbanan kami yang orang tak berapa nampak.. tak lama lagi si adik pula nak fly jauh.. 😢😢







Asalnya saya memang niat nak belanja anak-anak makan luar. Sebabnya siang tadi Allah gantikan rezeki saya berpuluh ganda asbab kita bersedekah pada hari jumaat. Allah kan dah janji, memberi di saat kamu hanya ada sedikit di tangan, tidak berkira, tidak risau.. Maka Allah gantikan dengan berganda-ganda samada cepat atau lambat. Dalam kes saya, Allah gantikan dengan begitu cepat sekali, tak sampai 6 jam pun.. nikmat Allah yang mana nak engkau didustakan?



Makan Malam Santai, Sate Mesti Tak Tinggal
Bercakap pasal sate, korang pasti tahu siapa yang suka sangat dengan benda-bakar dan daging ni kan? Siapa lagi kalau bukan si bujang sulung kesayangan kami semua 😂😂. Kadang-kadang lepas makan kat restoran lain, balik mesti kena singgah kat gerai sate.. redha je la
Kalau order mana cukup 5 batang, paling tidak 20 cucuk dia seorang pun boleh habis walau perut dah kenyang. Tak habis kat situ, dia tapaw pulak bawak balik rumah..

![]() |
| Sate daging & ayam - 40 cucuk |
Makan malam tadi menu kami adalah siakap steam lemon, sotong goreng tepung, telur bungkus & telur bistik, kailan goreng biasa.


![]() |
| Tak habis makan, kita tapaw la |

Alhamdulillah .. Salam jumaat barakah.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.



Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.