Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Sayur Kacang Panjang Goreng Dengan Udang

Sayur Kacang Panjang Goreng Dengan Udang. Biasanya saya masak kacang buncis berbanding kacang panjang. Tetapi sejak sidia ada kat rumah, jenis sayur yang di beli pun berbeza. Ketika membeli barang dapur pada Ahad lepas dengan adik dan ayahnya, kami ada pilih jenis sayuran yang bakal di masak dalam tempoh seminggu. Hmm.. semua dia pilih ikut tekak dia, apa nak di masak.. semua menu dah ada dalam kepala. Akhirnya redha je mak dan bapaknya ni.


Kalau ikutkan saya jarang masak daging kat rumah, bukannya malas tetapi saya tak berapa pandai masak menu berasaskan daging. Semenjak dia balik dah kat Malaysia ni, menu daging di masak 2 kali seminggu. Hehe.. 

Sayur Kacang Panjang Goreng Dengan Udang


Jomlah kita masak kacang panjang dengan udang. Tak cukup udang, dia pecahkan telur 2 biji. Anak oh anak.. 😂😂

Bahan-bahan:

1 bungkus kacang panjang - potong pendek
20 ekor udang harimau - bersih buang kulit
2 batang cili padi - kisar
2 biji telur
1 biji bawang merah - kisar
2 biji bawang putih - kisar
Sedikit ikan bilis - kisar
Secukup rasa dan gula, jika perlu 

Cara memasak :

1. Tumis bahan kisar hingga masak dan wangi. 
2. Masukkan kacang panjang dan gaul rata. Pecahkan telur dan kacau rata dengan kacang panjang. 
3. Perisakan dengan garam @ secukup rasa dan gula, jika suka
4. Akhir sekali, masukkan udang harimau yang telah dibersihkan. Kacau rata dan tutup sekejap, biar kacang panjang layu sedikit dan masak rangup.



Maafkanlah kualiti gambar yang diambil, kenalah faham. Anak lelaki bujang dan tak reti snap gambar memang ginilah hasilnya. Kita pesan ambil gambar dia okay je.. tapi.. hmm, speechless.. kelabu asap je gambornya



Sayur kacang panjang + udang harimau siap untuk dihidangkan untuk keluarga tersayang. Selain masak sayur, dia tolong goreng ikan siakap untuk saya. Lauk-lauk lain saya sambung masak, hehe. Sebab sampai rumah dah dekat pukul 6.00 petang, hanya masak yang mudah-mudah je lepas tu. Masak nasi pulak kerja si adik, cantik gebu nasi yang dimasak. Alhamdulillah. 

Saya gembira dan bersyukur dengan 2 orang hero lelaki yang Allah kurniakan kepada kami. Semoga kedua-duanya membesar dewasa menjadi manusia yang beradab dan berilmu. Insha Allah.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

3 Comments

  1. Alhamdulillah, sejuk perut ibu mengandung. Untung ada hero-hero yang rajin tolong mak kat dapur, siap pakej tolong goreng ikan lagi tu! Walaupun gambar 'kelabu asap' kata Sis Aynora, tapi keikhlasan anak menolong tu yang paling mahal. Semoga kedua-dua anak teruna terus membesar menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada orang tua.

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap pulak masak kacang dengan udang tu.

    ReplyDelete
  3. Bagusnya anak teruna rajin & pandai masak. Nampak sedap sayur kacang dgn udang ni

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.