Terung Goreng Ikan Bilis Menu Oleh Si Bujang

Aynora
By -
3
Terung Goreng Ikan Bilis Menu Oleh Si Bujang. Bestnya anak bujang ada kat rumah, macam-macam menu boleh request. Sebelum pergi kerja dia akan tanya, petang nanti nak masak apa? Memang kebiasan kami tak makan tengahari sebab tiada ibu dan ayahnya di rumah. Jadi dua beradik tu malas nak makan lunch. 

Sebelum pergi kerja, saya pesan untuk dia buat terung goreng rangup dengan ikan bilis, sayur rebus sawi dengan suhun, chicken strip & chicken popcorn goreng rangup. 

Terung Goreng Ikan Bilis Menu Oleh Si Bujang

Terung Goreng Ikan Bilis Menu Oleh Si Bujang

Terung Goreng Ikan Bilis Menu Oleh Si Bujang


Terung goreng ikan bilis, anak bujang yang masak, dengan sayur rebus kobis + suhun + tomato. Memang menyegarkan. Seperiuk tu.. 1/2 nya my bonda yang makan. Biasalah, peringkat usia mak-mak kita memang suka sayur rebus je.

Terung Goreng Ikan Bilis Menu Oleh Si Bujang

Ayam popcorn dan chicken strip bujang bongsu yang goreng, kemudian di potong kecil supaya senang mak tok dia nak makan..☺️☺️ 

Terung Goreng Ikan Bilis Menu Oleh Si Bujang

Terung goreng ikan bilis


Bahan-bahan:

Terung ungu - potong nipis
Bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
5 biji cili padi hijau - kisar
Ikan bilis - goreng rangup
Majerin untuk goreng terung 
Garam dan gula secukupnya
1 inci halia - hiris halus

Terung Goreng Ikan Bilis Menu Oleh Si Bujang

Cara penyediaan;

1. Goreng terung yang digaul dengan kunyit dan garam hingga rangup. Ketepikan.

2. Tumis bahan kisar dan hirisan halia dengan sedikit minyak hingga masak. Asingkan.

3. Goreng ikan bilis yang telah dibelah dua hingga kekuningan dan toskan.

4. Masukkan dan susun terung goreng di atas pinggan. Letakkan bahan tumis di atas terung bersama ikan bilis.

5. Terung goreng rangup siap untuk dihidangkan. Makan macam itu je pun sedap, rangup lemak Manis rasanya. 

Terung Goreng Ikan Bilis Menu Oleh Si Bujang

Sekian dulu entri masak memasak oleh orang bujang ya. Lain kali saya nak suruh dia masak rendang minang macam dalam TikTok. Hehe...

Kalau anak bujang korang suka sepahkan dapur dan bereksperimen di dapur, biarkan saja. Kita boleh guide mana yang basic supaya dia memasak bersandarkan resepi asli kita, kegemaran kita sekian lama. 😃😅

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

3 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

  1. Sedap pulak nampak terungnya tu.

    ReplyDelete
  2. Hebat anakandanya memasak 👍🏻Seronok ada anak pandai masak ni. Sesekali kita boleh pass baton :)

    ReplyDelete
  3. Nampak menyelerakan airtangan bujang.. menu sup sayur tu nampak segar, hirup panas=panas sedapnyaaa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!