
Info Yang Anda Cari:
Makan KFC Di RnR Jejantas Ayer Keroh, Melaka
Sebelum singgah makan di KFC, anak-anak mintak Dunkin Donat beli 12 perisa sekaligus - sebab kedua-duanya hantu donat. Selain tu, saya beli cookies Butterscotch Chip, sedapnya lahai.. macam lebih sedap dari Chipsmore.. kih! kih!


Dah waktu makan lunch tapi suasana KFC masih lengang. Seronok boleh pilih nak duduk mana-mana yang korang suka.

Makan Apa Di KFC RnR Jejantas Ayer Keroh?
Oleh kerana resit pembelian dah di buang dalam waste bin, kita agak-agak je la nama menu yang kita order ya..

Sambil makan dan berbual - kami merasakan ayam KFC sekarang ni semakin kurang rasanya seperti kepedasan yang berkurangan walau kami pilih dinner plate spicy. Rasanya tidak terlalu tebal, hanya pedas biasa.
- dinner plate spicy - 3 set kongsi-kongsi
- egg tart
- cheezy wedges
- funfries
- fun fries with cheese
- chicken tenders
- mash potato besar
Total perbelanjaan : RM148.25

Namun, kerangupan kulitnya tidak boleh ditandingi, dan isinya yang juicy masih lagi terasa.
Tetapi, entah mana yang macam tiada rasa - mungkin rasanya kurang pedas dan agak tawar..


Begitulah cerita #throwback catatan kenangan kami anak beranak, sementara waktu terus bergerak. Dari berempat sementara waktu, akan tinggal 3 sahaja - seperti sebelum-sebelum ini.
Kini, kami sedang menghitung hari. Si bongsu akan mengikut jejak abangnya.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.


0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.