Header Ads Widget

Berhati-hati Dengan Tiga Golongan Yang Mustajab Doanya

Advertisement
Berhati-hati Dengan Tiga Golongan Yang Mustajab Doanya. Mungkin kita sudah tahu siapakah 3 golongan yang kita kena berhati-hati kerana DOA mereka begitu mustajab, mendapat tempat teratas di sisi Allah. Adakah kita berada dalam kalangan 3 golongan tersebut? Jika iya.. beruntunglah kamu. Bukan senang nak menjadi antara tiga golongan yang doanya TIDAK ditolak. Walau dalam keadaan apa pun, walau siapa kamu.. berhati-hati juga dalam berdoa. Berada dalam kalangan tiga golongan yang disebutkan di bawah ini, bukan tiket untuk kita semua mendoakan yang tidak baik kepada orang lain walau sesakit mana sekali pun. Sehaik-baiknya doakan taufik dan hidayah dikurniakan kepada orang yang yang bertindak zalim kepada kita. Selebihnya minta Allah uruskan kerana dalam keadaan manapun, hanya kepada Allah kita berharap.

Berhati-hati Dengan Tiga Golongan Yang Mustajab Doanya


Terdapat tiga golongan manusia yang memiliki magic - di mana senjatanya iaitu DOA, amat mustajab dan tidak di tolak oleh Allah SWT. Siapakah 3 golongan tersebut?

Berhati-hati Dengan Tiga Golongan Yang Mustajab Doanya

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ يُسْتَجَابُ لَهُنَّ لَا شَكَّ فِيهِنَّ دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ
 
"Tiga jenis doa yang akan diperkenankan dan tidak ada keraguan padanya, iaitu; doa orang yang di zalimi, doa orang yang sedang musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya." - (Ibn Majah No: 3862 Maktabah Ilmiyyah) Status: Hadis Hasan

 
Hikmah Dan Pengajaran Daripada Hadis:

 
1. Berdoa adalah ibadah.

2. Ada tiga kelompok manusia yang jika ia berdoa, doanya mustajab dan dimakbulkan:
 
  • a.     Doa orang yang dizalimi. Ibn Hajar ketika mensyarahkan hadis ini menjelaskan bahawa doa orang yang dizalimi mendapat perhatian khusus kerana dia berada dalam keadaan terdesak, lemah dan menyerahkan urusannya kepada Allah.
  • b.    Doa orang yang bermusafir. Imam Munawi ketika mensyarahkan hadis mengaitkan kelebihan doa musafir dengan keadaan seseorang yang jauh daripada keselesaan biasa dan lebih merasakan keperluannya kepada perlindungan Allah.
  • c.     Doa kedua ibu bapa untuk anaknya. Ibu bapa mempunyai hubungan yang sangat istimewa dengan anak. Doa mereka lahir daripada kasih sayang, pengorbanan dan keikhlasan.
 
3. Jangan memandang rendah orang yang dizalimi kerana mungkin dia tidak mempunyai kuasa di dunia, tetapi doanya sampai kepada Allah tanpa hijab.

4. Orang yang bermusafir dianjurkan memperbanyakkan doa, bukan membiarkan waktu perjalanan berlalu tanpa zikir kepada Allah.
Info Yang Anda Cari:
5.    Bagi ibu bapa perbanyakkanlah berdoa kebaikan untuk anak-anak. Elakkan dari mengeluarkan perkataan dan kalimah buruk untuk anak. Mungkin juga ia akan menjadi doa dan dimustajabkan.
 
6.    Doa yang lahir daripada hati yang benar-benar merasakan kebergantungan kepada Allah mempunyai kedudukan yang sangat besar.
 
7. Ingatlah pesanan ini:

  • Jangan menzalimi kerana orang yang dizalimi mempunyai doa.
  • Jangan sia-siakan perjalanan, kerana musafir mempunyai doa.
  • Jangan sia-siakan amanah keibubapaan, kerana ibu bapa mempunyai doa.

Semoga segala perkongsian di atas memberikan manfaat kepada kita semua. Berjaga-jaga dengan segala kata-kata dan doa kita, walau siapapun kita. Ditakuti - kerana mulut badan binasa!

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Advertisement
Info Yang Anda Cari:

Post a Comment

2 Comments

  1. Itu la, sebagai ibu, memang kena cakap dan doa yang baik-baik. Mohon anak-anak dilembutkan hati dan diberi petunjuk bila ada buat salah.

    ReplyDelete
  2. Semoga kita dijuahkan dari sifat zalim.. derhaka dan sebagainya...amin

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.