Advertisement

Nasi Lemak Sambal Udang Air Tangan Si Bujang

Nasi Lemak Sambal Udang Air Tangan Si Bujang. Anakku beraksi lagi di dapur dengan masakan nasi lemaknya. Dengan mendengar pandangan/ review kami akan masakannya yang lalu, kali ini dia telah memperbaiki resepi nasi lemaknya dengan hasil yang hampir perfect - itu kata ayahnya. Sukalah dia ayahnya puji, maklumlah mana orang lelaki suka membuat pujian terutamanya kepada anak lelaki. Tapi kalau ibunya ni, sikit-sikit puji, lepastu cakap sedap dan suruh masak lagi nasi lemak macam ni. Memang mulut manis la ibunya. 

Nasi Lemak Sambal Udang Air Tangan Si Bujang

Nasi Lemak Sambal Udang Air Tangan Si Bujang
Info menarik Juga >>>

Nasi Lemak Sambal Udang Air Tangan Si Bujang 


Nasi lemak tak perlu lah lauk berlebihan, cukup ada salah satu lauk utama dah cukup seperti ayam goreng, sambal udang atau sambal sotong. Cukup tu je. Dan semalam, anak bujang kami telah menyediakan nasi lemak sambal udang, yang penting udang di kopek bersih. 

Nasi Lemak Sambal Udang Air Tangan Si Bujang

Kali ini anak bujang ku telah memasak sambal udang dengan dibuang kulitnya sekali. Itu yang memudahkan semua orang nak makan, tak perlu sibuk nak kopek kulit udang. Laju makan memasing.. siap bertambah. Habis semua diet ke laut dalam..

Nasi Lemak Sambal Udang Air Tangan Si Bujang

Nasi Lemak Sambal Udang Air Tangan Si Bujang

Timun jepun dihiris bulat dan nipis supaya ibu ayahnya mudah nak makan dan kunyah. Manakala, telur mata sebagai penaik seri kepada nasi lemak. Menyebabkan kita makan bertambah dan bertambah lagi. Hehe..

Nasi Lemak Sambal Udang Air Tangan Si Bujang

Nasi Lemak Sambal Udang Air Tangan Si Bujang

Nasi Lemak Sambal Udang Air Tangan Si Bujang

My eldest son, pada mulanya tak pandai masak, tak pernah cuba nak masak ketika kat rumah. Hidupnya banyak di asrama. Tapi sejak di hantar ke luar negara dan mula berdikari.. beliau mula belajar memasak melalui YouTube. Semua masakan di cubanya. Alhamdulillah.. seiring masa berlalu sekarang dia dah mahir memasak. Syukur, banyak hikmah yang dia dapat bila berada di negara orang.

Sedapnya nasi lemak sambal udang ni hinggakan saya minta dia masak lagi minggu depan. Tengah fikir nak request lauk apa pulak? Rendang ayam pun sedap di makan dengan nasi lemak. Betul kan?
Disyorkan Untuk Anda:
Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

5 Comments

  1. Alhamdulillah sedap airtangan anak bujang puan nampaknya. Senang hati kita pun boleh sesekali tukar selera, makan hasil masakan anak pula.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, ada yang boleh diharapkan.

    ReplyDelete
  3. Mkn ni bleh kenyang smp tghari =D

    ReplyDelete
  4. wahhh sedapnyaaaa. menyelerekan. anak bujang akak dah besarrr hehehe

    ReplyDelete
  5. Pandai anak bujang masak nasi lemak.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

About Us


Aynorablogs - (sejak 2011). Portal info terbaik, resepi & lifestyle..
DMCA.com Protection Status

Total Pageviews