Header Ads Widget

Kenali Ulam Daun Pokok Gajus Dan Khasiatnya

Advertisement
Kenali Ulam Daun Pokok Gajus Dan Khasiatnya. Semasa kecil ketika duduk di kampung kat Muar, rumah kami ada banyak tanam pokok gajus. Kamilah adik beradik yang akan makan buahnya yang rasa manis kelat itu. Kalau sudah masak betul buah gajus  berwarna kuning, dan buahnya juicy sekali! Rindu pulak kenangan ketika itu. Kini biji buah gajus sudah amat popular dijual atas talian, kalau nak bila-bila masa boleh je beli.

Tapi kali ini saya nak share ulam pucuk daun muda dari pokok gajus berserta khasiatnya sekali. 

Kenali Ulam Daun Pokok Gajus Dan Khasiatnya
Info Yang Anda Cari:

Kenali Ulam Daun Pokok Gajus Dan Khasiatnya


Pokok gajus banyak ditanam di kawasan kampung dan amat subur tumbuh jika mendapatkan air yang mencukupi. Seperti pengalaman saya semasa kecil, pokok gajus banyak di tanam di tepi paya atau kawasan lembap.

Kenali Ulam Daun Pokok Gajus Dan Khasiatnya

Di MaLaysia, pokok gajus (atau jambu golok/janggus) banyak ditanam di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, terutamanya di kawasan dari negeri Pahang ke Kelantan, serta di Langkawi. Pokok yang berasal dari Brazil ini banyak terdapat di kawasan beriklim tropika, dengan pengeluar utama dunia termasuk negara seperti Nigeria, India, dan Ivory Coast.

Khasiat Pucuk Muda Daun Gajus


Pucuk yang masih muda berwarna merah keunguan, merah perang, atau coklat kemerahan. Daun yang sedikit matang dan lembut berwarna hijau juga boleh dimakan.

Kakak dan abang ipar saya suka makan ulam daun gajus kerana rasanya yang segar, rangup lembut dengan sedikit rasa kelat dan masam yang membangkitkan selera. Makan pun bertambah-tambah.

Kenali Ulam Daun Pokok Gajus Dan Khasiatnya

Cara Makan Ulam Pucuk Gajus Muda


Sebagai Ulam Mentah - Dicicah terus bersama sambal belacan, budu, atau cencaluk dan dimakan dengan nasi panas.

Buat Kerabu - Dihiris halus dan digaul menjadi bahan utama dalam kerabu pucuk gajus bersama kerisik, isi ketam atau Udang.

Dalam masakan & rebusan - Dicampur ke dalam nasi ulam atau air rebusannya diminum bagi tujuan kesihatan.

Khasiat Dan Manfaat Daun Gajus Muda Untuk Kesihatan


1. Kaya Antioksidan: Mengandungi sebatian seperti flavonoid dan tanin yang membantu melawan radikal bebas.

2. Melancarkan Penghadaman: Kandungan seratnya membantu melawaskan sistem penghadaman.

3. Mengawal Tekanan Darah & Gula: Secara tradisional dipercayai membantu mengurangkan tekanan darah tinggi serta kadar gula dalam darah bagi pesakit diabetes.

4. Kesihatan Kulit: Amalan memakannya dikaitkan dengan khasiat awet muda dan menyegarkan tubuh

Memang terdapat banyak khasiat daun gajus muda ni, dan anda boleh mendapatkan lagi info selanjutnya daripada link yang disertkan di bawa ini. Semoga bermanfaat.

Sumber:

2. Khasiat Dan manfaat daun pucuk gajus
Disyorkan Untuk Anda:
Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.
Advertisement
Info Yang Anda Cari:

Post a Comment

0 Comments