Tips menyediakan bentuk resume yang betul

aynora nur | 29 October, 2011,4:05 PM |
Advertisement
 
Ramai antara kita menghadapi masalah untuk menyediakan resume yang baik apabila tiba masa diperlukan. Lebih2 lagi apabila kita amat mengharapkan ianya dalam masa yang terdekat ini. Memang banyak laman web yang menyiarkan contoh2 resume. Jadi ada baiknya anda belek2 dan pilih2 mana yang berkenan dan kemudian pinda mana2 yang tidak berkaitan.

Senarai berikut adalah tips2 penting yang mesti diambil kira dalam menyediakan resume.   

1. Tajuk:
Gunakan tajuk/nama kerja yang anda betul2 minat dan yang sepadan dengan kelayakan anda. Kadangkala orang salah memilih kerja yang tidak sepadan dengan kelayakan. Oleh itu, gunakan tajuk yang betul untuk impak yang berkesan.

2. Resume yang menarik:
Jangan sekali-kali memandang rendah kepentingan resume yang ditulis dengan baik. Resume yang baik akan lebih menarik perhatian sang penemuduga atau majikan yang agak cerewet. Pastikan resume anda dapat menarik @ 'eyecatch' orang lain untuk membacanya.


3. Menggunakan contoh yang tersedia:
Jangan eksyen sangat kononnya anda lah orang paling bijak, maka dengan itu anda sewenang2nya mereka resume yang melampau. Elakkan dari berasa sombong. Ambillah mana2 contoh dari website dan adjust dan amend mana yang patut. Buat format yang teratur dan cuba sesekali hantar resume anda itu kepada mana2 ajensi pekerjaan. 


4. Jelas dan Ringkas:
Tidak perlu untuk menambah maklumat yang sia-sia dalam resume. Biarkan ia jelas dan boleh dibaca sebaik mungkin dengan mempunyai semua maklumat yang berkaitan didalamnya.

5. Iklankan resume anda!:
Dalam era canggih sekarang ini, jangan duduk diam tanpa berbuat apa2. Jika anda ada kelayakan dan pengalaman kerja yang hebat, iklankan diri anda di dalam mana laman web kerja/mencari kerja seperti jobstreet.com dsb untuk meningkatkan keupayaan dan peluang anda. Mengapa anda perlu tinggal di belakang? Bertindak sekarang! Iklankan kemahiran dan resume anda sekarang.


6. Buat 'Cover Letter':
Satu lagi bahagian yang penting dalam resume anda adalah 'cover letter'. 'Cover letter' yang baik adalah sebagai satu pengenalan tentang calon dan membantu majikan memahami personaliti anda, ia umpama sebahagian kaki anda telah hampir dikenali oleh majikan baru anda.

7. Memiliki pengtahuan teknikal:
Kebanyakan syarikat mencari calon yang mempunyai pengetahuan teknikal yang mantap. Hari ini, ilmu teknologi amat diperlukan terutamanya kerja2 yang agak berat, pengetahuan teknikal dan kejuruteraan contohnya merupakan satu kelebihan jika anda mempunyai pengetahuan yang baik.

8. Nyatakan kebolehan dengan tepat:
Syarikat kebanyakannya mencari calon-calon yang mempunyai kelayakan tertentu. Jika anda mempunyai kelayakan tertentu seperti kemahiran komputer, program2 internet yang terkini, pastikan anda nyatakan dengan jelas di dalam resume anda. 


9. Pastikan resume anda nampak profesional:
Resume anda harus nampak profesional walau dalam keadaan apa sekalipun. Elakkan dari menggunakan bentuk tulisan yg berbeza-beza. Gunakan bentuk tulisan profesional seperti Times New Roman atau Calibri yang boleh dibaca. Pengecualian menggunakan tulisan yang agak pelik bagi orang yang berada di dalam industri fesyen ataupun rekaan grafik. 


10. Jaga penggunaan bahasa anda:
Bahasa yang digunakan di dalam resume adalah penting. Pastikan ia ditulis dengan ayat yang jelas, yang boleh difahami oleh semua orang. 

11. Baca sebelum hantar:
Jangan membuat kesilapan. Pastikan anda baca dahulu resume anda sebelum menghantarnya. Ambil masa sedikit untuk menyemak ejaan, tanda bacaan dsb bagi mengelakkan anda diketawakan di kemudian hari. 


Okey...saya harap dengan penerangan di atas anda dapat gambaran yang jelas bagaimana sesebuah resume itu direka bentuk.

Semoga anda memperoleh kerjaya yang diidam2kan.
Tag : Tips Kerjaya
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Tips menyediakan bentuk resume yang betul"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top