Ubat Penenang Hati Dari Al-Quran

Bismillah...

Perkongsian ilmu ini saya turunkan agar boleh kita jadikan panduan dan pegangan hidup tatkala kesempitan dan kesusahan hati melanda. Hidup bukan saja sempit wang ringgit, kekadang kita juga rasakan jiwa sunyi dan kosong walaupun ada harta bergunung...




Ubat Penenang Hati Dari Al-Quran


Di dalam al Quran tersedia kalam-kalam Allah yang boleh menjawab segala keluh kesah dan pertanyaan yang tidak mampu dijawab oleh kita dan orang di sekeliling kita. Percayalah! Untuk ketenangan hati, Allah sentiasa ada jawapannya. Untuk kesusahan hati, Allah ada ubatnya iaitu kalam-kalam indah yang menenangkan hati. Insyaa Allah...

KENAPA AKU DIUJI?

Seandainya hidup ini sentiasa diuji, usahlah mengeluh. Bukankah hidup tidak berubah jika tiada ujian? Maka bersyukurlah kamu seandainya selalu diuji, kerana ujian dari Tuhan tanda kita sentiasa dalam perhatianNya, dalam kasih sayangNya!

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta ~ Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui ~ Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya ~ Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA KECEWA?

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman ~ Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. ~ Surah Al-Imran
ayat 200


Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, ~ Surah Al-Baqarah ayat 45



APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. ~ Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Cukuplah Allah bagiku; tidak ada AIlah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal ~ Surah At-Taubah ayat 129


AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. ~ Surah Yusuf ayat 87

**Kredit

**aynora nur**

4 comments:

  1. perkongsian yg sgt bagus,..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. T/kasih, sampaikanlah...walaupun sepotong ayat.

      Delete
  2. In sha Allah, niat utk menjadi Muslimah lebih baik sentiasa tersemat di hati saya.. Terima kasih aynora nur kerana berkongsi tazkirah ini untuk dimanfaatkan bersama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah LZ. Semoga niat kamu dipermudahkan. Saya hanyalah antara hamba-hambaNya yang sedang berusaha menjadi insan yg bertaqwa...

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.