Drama Korea & Sinopsis You're Still The One

aynora nur | 26 February, 2013,3:04 PM |
Advertisement
You're Still The One (yang juga dikenali dengan tajuk So For You, Still You) telah mula ditayangkan di SBS Korea daripada 21 Mei hingga 3 Disember 3, 2012. Drama ini mempunyai 124 episod, mungkin menjadi drama Asia yang terpanjang pernah dihasilkan. Di saluran 393 ONE HD, waktu siarannya dari hari Isnin - Khamis, pukul 22:10mlm & 22:55mlm.



Sinopsis Drama Korea You're Still The One 

Demi menyelematkan suaminya Na Han-joon (lakonan Kim Seung-soo), Cha Soon-young (Shin Eun-gyung) membuat perceraian palsu dengan suaminya. Han-joon kemudiannya meninggalkan Soon-young demi menyelesaikan masalah perniagaannya. Semasa ketiadaan suaminya, Soon-young telah jatuh cinta dengan Kang Woo-jin (Song Jae-hee). Lama kelamaan Han-joon pulang semula kepada bekas isterinya. Apakah Soon-young sanggup mengorbankan cinta barunya ataupun berkahwin semula dengan bekas suaminya yang sudah berubah? Apakah perceraian palsu ini terus jadi perceraian yang sebenarnya?

Ulasan ringkas:

Setelah menyaksikan episod demi episod, perasaan benci saya semakin bertambah terhadap Kang Chae Rin yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kepuasan dan ketamakan diri sendiri. Dia sanggup merampas suami orang, memaksa Na Han Joon bercerai dengan isterinya, mengupah kawan baik Na Han Joon sendiri memerangkap temannya itu sehingga di masukkan ke penjara. Kasihan dengan isteri Na Han-Joon yang banyak berkorban untuk sang suami. Sudahlah ayah mertua tidak sukakannya, adik beradik si suami pula terlalu materialistik dan masalah dengan restoran ayam gorengnya...

Semoga Cha Soon-young sentiasa mendapat pertolongan daripada Kang Woo-jin dan mencapai kejayaan membina empayar perniagaan kecantikannya.

Drama ini dibintangi oleh Shin Eun Kyung, Kim Seung Soo, Wang Bit Na dan Song Jae Hee.






Cha Soon Young berubah penampilan dalam episode 72

 

Cha Soon-Young selepas membuat ucapan dalam Episode 91 

Ringkasan Sinopsis You're Still The One Episode 97 & 98 





Walaupun En Baek sudah menemui anak perempuannya yang hilang, Soon Young berasa sangsi dan mula menyiasat latar belakang anak En Baek yang bernama Yi-na. Dia mula menyoal bermacam-macam perkara kepada Yi-na tetapi gadis itu marah-marah kerana diragui statusnya sebagai anak kandung. Ketika pergi ke pejabat bekas suaminya Han Joon, Soon Young telah mendapat buku nota lama daripada adik iparnya Na-ra. Di dalam buku nota tersebut tertulis tarikh lahir Soon Young. Daripada buku itu, Soon Young memulakan kembali misinya mencari ibu dan bapa kandungnya.

Chae Rin dan Han Joon mula risau bila Woo Jin dan Soon Young menyiasat latar belakang Yi-na. Jadi mereka berpakat untuk menghantar Yi-na belajar ke luar negara.

  

Encik Baek marah bila Kang Woo Jin memintanya membuat ujian paterniti dengan Soon Young. Sementara itu, Yi-na sedang bersiap sedia untuk ke luar negara. Tetapi sebelum itu, Chae Rin memaksa Yi-na mencuri nota yang berada di dalam dompet Encik Baek tetapi gagal.

Resipi Free untuk diserahkan kepada syarikat Queen telahpun siap. En Baek telah menyerahkan resepi itu kepada Soon Young hingga membuatkan Soon Young terharu. Apabila En Baek menunjukkan nota yang ada padanya, Soon Young mengakui bahawa nota itu serupa benar dengan notanya yang hilang. En Baek sudah mula mengesan sesuatu yang tidak betul di sebalik semua ini dan bersetuju membuat ujian paterniti semula.

Chae Rin dan Yi-na terkejut apabila En Baek mengatakan bahawa dia mahu melakukan ujian paterniti dengan Soon Young. Han Joon pula sememangnya sudah tahu bahawa Soon Young adalah anak kandung En Baek.

Adakah benar Soon Young anak Encik Baek?
   
Selamat menonton kepada anda semua untuk mengetahui episod seterusnya....

Sebarkan Bahagia:
Tag : Korean Time
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
76 Komen untuk "Drama Korea & Sinopsis You're Still The One"

salam, boleh tahu mana awak tengok full cerita ni? anyway thanks for the info. cerita ni mmg best. hehe.

saya ada upload episod 124 w/out english subtitles. Hope you can enjoy!

tqsm aynora nur.. :)

ya lah, perceraian palsu yg betul2 menyakitkan!

Nak tgk kat mana

Cmne nak tgok citer ni dlm eng sub ya? Ade dvd x?

maaf, saya tak tahu ada jual dvdnya atau tidak, tak lama lagi dramacrazy mest siarkan. sabar ya

salam,taw tak kt mana nk download cerita ni>>utk hari ni,sy xdpt tgk la :(

maaf dik, yang ada subtitle english tak ada lagi, tapi kalau nak tengok jugak sampai episode 124, cuba pergi link ini,
http://www.tudou.com/programs/view/Zwyvd0xF7Jc/?resourceId=0_06_02_99

Ending tu mknanya han joon mati ke? Soon young tak bersama dgn woo jin ke..tak best la camtu huhu

Kalau tengok kat video tu, han joon tak mati tetapi kembali semula dengan Soon Young. Soon Young pulangkan cincin yg Woo Jin bagi, maksudnya dia menolak cinta Woo jin.

Sebab itu tajuknya You're Still The One...

Sumpahlah menyirap betul tgk si chae rin ni.. Boleh kne heart attack tgk cite ni..

jangan marah-marah ok..cool & peace! hihi

kat mna bule tgok cite niyh ??saya cri taa jumpe . .na tgk kat 393 time tuh keje pulak (:

kat mne erk naa cri cite niyh . .daa merata crik taa jumpa . . kart dramacrazy ta ad full ep . .sampai 50 jea :(

benci tahap gaban pada Kang Chae Rin

benci tahap gaban pada Kang Chae Rin

chae rin jadi macam itu mungkin sebab pernah gagal dalam hidupnya. lagipun dia paling takut keseorangan, takut kena tinggal dengan han joon, itukan ex boyfriend dia masa dikolej dulu.

Ending nnt die bersame tak ngan husband die pastu che rin tu mcm mn xblh tgk lah pasni plz tell me d ending huhuhuhu

Ape kesudahan citer ni rase mcm tgh tido pun termini citer ni

nnt soo young kembai kt han joon ke??x best la cm tu....jantan mcm tu patut tngalkn je...

hihi...geram kan! jangan bagi muka sangat..

soon young balik semula dgn bekas suami dia

betul tu, ending yang tak adil bagi lelaki yg baik seperti woo jin kan..

Citer ni dr awl sampai akhir episode soon young tu ashik die perbodohkan jer kan....kesian plak dekat soon young tp marah

Macam tu ke ending dia? Alaa frustnya...walaupun dia tak terima Woo Jin tapi frust sgt kalau dia blik dgn suami dia yg tak guna tu...Aduhaiiii kenapa ada penindasan kpd wanita seperti ni...

link episod 80 ketasa xder ker....link tu tulisan korea xfaham hehehe

Mcm xbest dh lah suami die wat die mcm tu lg die nk blk kat suami die cite arjumma lagi best....

jika mau download full dan bahasa indonesia dimana ya. thx

jika mau download full deri dimana alamatnya + subtitle indonesianya ya. mohon infonya. salam

download full & bahasa Indonesia punya belum ada. saya pun dah check banyak tempat, belum jumpa.

maaf ya Aidin, saya belum ketemu dengan website yg boleh download full cerita.

x best lah ending drama ni.Rasa nya tak perlu nak tgk lagi.

X best lah ending drama ni. Ingat Han Joon terima pembalasan diakhir cerita.:(

sape ank cik baek tu?

Nak tau Tuan Baek dpt tak jumpa dgn anak dia dan siapa kah anak Tuan Baek tu? Selepas Soon Young menerima Han joon kembali adakah kehidupan mereka spt dahulu atau da berubah? Dan bagaimana keadaan Kang Chae Rin selepas Han Join kembali kpd Soon Young?

Nak tau Tuan Baek jumpa ke dgn anak dia? Siapa agaknya anak Tuan Baek ya? Selepas Soon Young kembali dgn Han Joon adakah kehidupan mereka seperti dulu atau dah berubah? Bagaimana kehidupan Kang Chae Rin selepas Han Joon tinggalkannya?

Rasanya anak tuan Baek tu Soon Young sebab dia dibesarkan di rumah anak2 yatim. Pada akhir episod memang Soon Young dan Han Joon kembali bersama tetapi tentulah ada perbezaan. Tentang chae rin, kita tengok sama-sama, ok...

yang episode 91 tu die buat ucapan ape? pleaseeee nak tauu. geramm! hehe :p

Rase sakit jiwe tgk che rin senyum sinis.....

It hurt so much when han joon leave his wife bcoz of money. It become so hurt when soonyoung leave woojin for hanjoon!

Sy sk sgt tgk citer ni n xsbr nk tgk cite ni hbs. Sy siap record setiap hr sbb xnk miss. Sy dh agk msti cite ni lmbt lg nk hbs. Menyktkn ht tp srnk tgk gelagat manusia bermcm dlm cite hi

Sy pn dh cr tp xjmpa. Frustnye....

it's reality...the power of money!

saya setuju. Setiap episod ada saja cerita gembira, sedih, lucu, geram, marah dan banyak lagi..

http://www.tudou.com/programs/view/JLlo1fxKMOo/ leh tgok smua episod kat sini..

Tuan Baek tau x yg perempuan yg mnyamar sbgi anknye tu menipu dia?mcm ner soonyoung kuar dri penjara.?tq...x sabar nk tau

Tuan baek tau x yi na tu bkn ank dia?mcm ner tuan baek tau?sape yg tlong kuarkn soonyoung dri penjara...tq..x sabo nk tau sbb x dpt tgk...keja....

Saya dah 2 hari x dpt tgk citer ni, smalam & kelmarin. ada sapa2 yg rakam boleh upload citer tu utk sy x or boleh sapa2 tolong citer kn x ape yg berlaku 2 hari lepas. Minat sgt citer ni

Antara kisah dalam episod semalam...

Episod 95 - Jae Ha kecewa bila Nam Joo akan berkahwin dengan Yoo Suk kerana wang. Chae Rin menasihatkan Hwa Soo untuk menarik balik laporan polis yang telah dibuat untuk mencari anak perempuannya.

Episod 96 - Soo Hwa menolak permintaan Han Joon untuk menyokong beliau dengan saham syarikat. Soon Young bimbang bahawa anak perempuan Hwa Soo mungkin penipu.

I wish I can watch ep 95 n ep 96 n more. =(

Tensionnya rini tak dpt tgk cite nie sbb ayah nak tgk kilauan emas... Da la episod rini mendebarkan... Sedey!

Tensionnya rini tak dpt tgk sbb berebut tv ngan ayah... Dan2 pa rini ada kilauan emas... Tlglah update episod harinie... Sedey

Jangan risau, esok petang ada ulangannya, kan?

Adik Han Joon pula yang tukarkan sample rambut tu....adeeehhhhhh

Hari ini adik Han Joon pulak yang menukarkan sample rambut tu....adoiiiiii

Tak sabar pgn tahu kpn tuan baek yakin klo soon young putri asli nya. Kasihan lht soon young menderita trs dan diusir keluar dr toko tuan baek

This show is so stupid. So draggy. The characters are all so sotong...

Kesian sgt kat soon young,tak kisah lah akhir nya mcm mane tp nak tau sgt bila encik baek akan tahu soon young tu anak dia..

gerammmmmmmmmmmmm

x der subtitile BI ke.x syok tgk x der subtitle ni.

- ending dia.... han jon meninggal....

Boleh sesiapa tlg citer pasal episode smalam x. Sy x dpt tgk la sbb hb nak tgk HBO.....sedihnye.....
last tgk bila soon young kena halau ngan En Baek dr kedai dia.
apa yg jadi lepas tu yek?

Kesian nya dgn soon young,buat semua org marah dgn han joon..tak patut la citer ni mcm ni sebab kesian pada anak dia (mi so)..semua benda yg terjadi pada soon young teruk,bila pulak perkara teruk nak trrjadi pada han joon.

ada sesapa pernah jumpa dvd cite ni kat mana2 x? tq3x

akhirnya han joon ditimpa sakit, itulah pembalasannya..

bleh bgi tau smlm mcmn crtya saya x dpt tengok...bg tau donk..pnasran

si han joon nak bunuh diri dah kena pecat, bapak mertua jahat tu hampir nak pengsan tapi soon young sungguh baik hati masih ada sifat kasih sayang kepada kepada si han joon tak guna

akhirnya, soon young yg jahat dlm citer ni...dia bukan sj ermainkan psaan woo jin tapi dia sendiri x sedar yg dia telah menganiayai diri sendiri..benci tgk perempuan yg x ada pendirian dn keyakinan diri..haaaisshh!!!

cite dah best dah, tapi endingnye hampeh. ada gak malaikat dalam dunia ni. tak tau sakit hati ke betul si yi na tu. bongok betui...naif lg bengongggg

memang sebal betui tengok cite ni. tak patut betui endingnye macam ni. stelah lama menderita menunggu kesudahannye macam tu. naif dan bengong betui directornye. dalam kehidupan normal pun takan ada pompuan macam ni. kalau ada pun dah kena jampi kot....geramnye....napela si yi na tu nak lagi pada si tak guna tu. cian woo jin yang handsome tu

mungkin sang direktornya nak buat kelainan

boleh kasi link tak? Thank you :)

Saya bru lyn cerita ni...tgk yg hari sbtu..xsabar nk tunggu minggu dpn pulak

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top