Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Final Episode 133 Drama Korea Ugly Alert

Final Episode 133 Drama Korea Ugly Alert - Untuk peminat drama korea Ugly Alert, saya ada buat sinopsis ringkas di sini. Kali ini saya nak buat review berkaitan Drama Korea Ugly Alert Episod 133 Final drama ini. Daripada keseluruhan cerita, saya boleh katakan bahawa drama Ugly Alert penuh dengan kisah sedih dan airmata. Bayangkan sewaktu menonton drama ini, saya tak dapat menahan air mata melihat Joon Soo menangis kerana diterima semula oleh adik beradik tirinya, sentiasa tersentuh apabila berbicara perihal ibunya (walaupun ibu tiri), ketika Joon Soo terharu dengan penerimaan Doo Hee tentang dirinya dan banyak lagi situasi dan keadaan yang membuatkan Joon Soo menangis. Pasti saya akan ikut menangis...huhu




Drama Ugly Alert memang drama hebat kisah adik beradik membesar dengan segala dugaan dan cabaran setelah kematian kedua ibu bapa mereka.     

Final Episode 133 Drama Korea Ugly Alert



Ugly Alert ep 133(FINAL) - Seolhyun cut (131129) by dm_50d5115691dcc

1. Dalam final episod ini semua adik-beradik tersebut sudah berpasangan dan hidup gembira. Akhirnya, Hyun Suk menemui cara untuk mengalahkan Joon Soo, Joon Soo dan Do Hee sangat cute dengan sring memakai pakaian yang sedondon. Kedua-duanya amat sporting dan santai.

2. Do Hee akhirnya boleh berehat setelah melalui pelbagai masalah dan ragam sebelum ini. Dalam episod akhir Ugly Alert ni, Do Hee tidur sepuas-puasnya dan hanya bangun untuk minum! Selamba betul Do Hee dengan Joon Soo suaminya itu.

3. Hanya Joon Soo yang melawat Lee Han Seo di penjara. Dia kini sudah berubah dan menyesal. Berikut perbualan antara mereka berdua...

"I lost my chance to turn back, so I can only walk forward now. Isn’t that right?"
"Take care of you health."
"Although I couldn’t rightfully compete with you, but to have such a competent competitor like you, I am grateful."
And it’s really ironic how douchebag is finally “free” inside prison…
"Father, you gave up your son…now I don’t have to forcibly live life now…"

Masih ingat tak pada episod 132, pada hari undian diumumkan. Ketika itu Harabeoji (datuk) menegur dan memberikan nasihat kepada Lee Han Seo…

"In the end, you still managed to turn the situation like this. Are you confident you won’t regret it? Life that is precious, should not be wasted on something you will regret.”

Kemudian, di balai polis, kawan Hyun Suk akhirnya menyerah diri. Dan, nampaknya keadaan sudah kembali jernih. Dalam mesyuarat pemegang saham, Lee Han Seo menang lebihan undi dan semua orang rasa tak happy. Nampak macam mereka dah kalah. Tetapi...akhirnya, saat yang dinanti-nantikan muncul juga. Pintu bilik mesyuarat terbuka dan beberapa orang pendakwaraya datang untuk menangkapnya.

Mereka menyebut semua kesalahan yang dilakukan oleh Lee Han Seo dan menangkapnya. Antara jenayah yang dilakukan adalah memalsukan dokumen syarikat, stock manipulasi, menyebarkan khabar angin, mencuri rekaan dan memberikan kepada syarikat lain dan banyak lagi. Dia didapati bersalah terhadap semua tuduhan tersebut.

Sekarang adalah masanya untuk bertaubat dan berubah, wahai Lee Han Seo...

4. Joon Soo merasakan bahawa jika dia masih bekerja dalam syarikat tersebut, dia akan menjadi bebanan kepada Harabeoji dan Do Hee. Jadi, dia memutuskan untuk melakukan apa yang dia sukai...

5. Dalam Blue Dragon Awards, Nari menang anugerah pendatang baru. Dia sempat menyampaikan ucapan penghargaan kepada abang-abang dan kakaknya.

6. Joon Soo kembali semula ke Dongdaemun melakukan apa yang biasa dilakukannya suatu ketika dahulu.

7. 3 tahun kemudian…

Anak-anak Chook Book semuanya sudah besar dan dewasa. Joon Soo dan Do Hee telah memiliki seorang anak iaitu Pil Yeon. Nari menjadi artis yang berjaya. Hyun Suk kembali tinggal di rumah lama mereka dan Joo Young telahpun hamil.

Tamat...

Read More ....


Post a Comment

6 Comments

  1. Saya suka sangat drama ini, terpaksa tunggu setiap malam pukul 10.10 hingga 12 malam..
    memang kadang saya mengalirkan air mata bia Joon Song dihina, tetapi memang susah nak dapat suami seperti Joon Soon. Di mana boleh saya dapat menontonnya. Di Singapura episode 128..Mysojoo dah tak ada lagi.Terima kasih menulis. sinopsisnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAMA-SAMA. DRAMA INI PUN DAH NAK HABIS DAH..

      Delete
  2. suka sgt drama ni sampai menitis air mata sy

    ReplyDelete
  3. best tgk drama ni sampai saya menitis air mata bila jong soo dihina

    ReplyDelete
  4. Tau tak semua tajuk lagu drama ni ?

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close