MH370 Pesawat Disahkan 'Hilang' Di Lautan Hindi

MH370! Selama 17 hari meninggalkan Malaysia dengan penuh misteri, kami dibayangi dengan teka teki dan mata serta telinga dihidangkan dengan begitu banyak teori...akhirnya Allah Yang Maha Berkuasa memberikan jawapan pasti.

Sesungguhnya hanya Dia Maha Mengetahui.


MH370 Hilang Di Lautan Hindi



Lebih kurang pukul 10 malam tadi PM NajibTun Razak mengesahkan bahawa pesawat MAS MH370 telah 'hilang' di lautan Hindi. Tiada jiwa yang terselamat. Semoga kita semua dengan rendah hati dapat sedekahkan al Fatihah kepada semua penumpang pesawat MH370 serta anak kapal yang beragama islam. Al Fatihah...

Kata PM, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

PM Dato' Seri Najib Tun Razak meminta agar pihak akhbar dapat menghormati perasaan ahli keluarga atau waris mangsa dengan tidak menganggu mereka. Berita yang menggemparkan ini pastinya bukanlah jawapan yang ditunggu-tunggu selama 17 hari ini. Tetapi saya ulangi lagi bahawa apa yang berlaku adalah ketentuanNya.

Pihak MAS juga telah memaklumkan berita tersebut kepada ahli dan waris penumpang serta anak kapal MH370.

Susulan dari itu satu sidang media khas untuk menjelaskan perkara atau penemuan itu akan di adakan pada esok hari.

Untuk makluman pesawat penerbangan MH370 membawa 239 penumpang, termasuk 38 penumpang dan 12 anak kapal warga Malaysia. Operasi mengesan pesawat itu digerakkan sejak ia hilang pada awal pagi 8 mac 2014 dan telah disertai oleh lebih dari 20 buah negara.

Untuk info lanjut, sila layari astroawani.com

4 comments:

  1. Salam takziah utk keluarga mangsa...

    ReplyDelete
  2. kita yg nobody dengan mereka pun rasa sedih dan terkejut. semoga mereka semua tabah, kan Maria..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.