Cara Sebenar Buat Puding Jagung Kastard

Tudung kanak-kanak
Wanita dan memasak memang macam ombak dan pantai. Selalu seiringan. Memasak untuk diri sendiri, keluarga dan teman-teman tersayang juga merupakan satu terapi diri yang paling menguntungkan. Haha! Sebab? Selain daripada kita kenyang, orang lain pun happy dapat makan. Siapa yang tak suka makan, kan?


Oleh kerana ini kuih kegemaran saya sejak dahulu kala, maka demi menyimpan resepi ini supaya tak hilang dek panas, saya kongsikan Cara Sebenar Buat Puding Jagung Kastard Kuning Berkilat untuk rujukan kita bersama.

IKLAN SEKEJAP!! : Telekung Reehans Dengan Koleksi Yang Menawan, RANIA, NUR & BALQIS


Ehsan daripada Nazrah Bakery


Bahan-bahan
(Anggaran untuk 1 keluarga 4 orang)


1 cawan tepung kastard
1/2 cawan gula
1 tin susu sejat
1 tin jagung manis
1 sudu kecil garam
Pewarna kuning (jika perlu)
1 tin air (guna tin susu sejat tadi)

1 cawan santan


Cara Sebenar Buat Puding Jagung Kastard



1) Sediakan periuk/kuali, masukkan gula dan tepung kastard, kacaukan hingga rata. Masukkan susu sejat (susu cair) dengan 1 tin jagung manis tadi. Jika nak berlemak, masukkan 1 cawan santan. Dan, kalau anda nak jagungnya nampak cantik dan lebih halus, boleh juga blender kan dia. Tak jadi masalah. Kemudian kacaukan lagi.

2) Masukkan sedikit garam untuk rasa yang lebih berlemak. Ini namanya seni masakan...


Ehsan Google

3) Masukkan air ke dalam bahan-bahan tadi. Bila semua bahan sudah sebati dan tidak berketul, boleh letakkan periuk/ kuali di atas dapur. Nyalakan api. Gunakan api yang sangat minima. Jika tidak, takut adunan berketul-ketul. Kacau lagi, perlahan-lahan.

4) Jika suka warna kuning menyala, masukkan sedikit pewarna kuning.

5) Kacau sampai pekat dan berkilat. Ha! Berkilat itu yang cantik. Sebab kita letak gula tadi dan campuran tepung kastad yang menaikkan serinya. 

6) Angkat dan tuangkan dalam loyang. Biarkan sejuk dalam loyang seketika, baru masukkan ke dalam peti sejuk. Bila dah sejuk mudahlah untuk memotongnya. 


Tips Buat Puding Jagung Kastard Kuning Berkilat


# Ada juga yang tanya macam mana nak bagi puding kastad kita berkilat? Kalau nak puding lebih berkilat, letak sedikit 1 sudu tepung jagung, tapi kena lebihkan air sikit sebab tepung jagung memekatkan bahan-bahan adunan tadi. 

# Ada sesetengah orang buat puding tu terlembik sebab terlebih air. Ada kala keras sangat sebab kurang air. Jadi, ikut ukuran air guna tin susu sejat tersebut. Contohnya, kalau 1 tin susu sejat, air pun 1 tin juga. Lagi satu, gunakan kepakaran seorang wanita/ibu yang pandai mengagak sukatan. Iya...lah, dah mahir memasak. Hihi..


Ok. Bila dah tahu cara-cara sebenar buat puding jagung kastard, anda bolehlah cuba. Lebih-lebih lagi dapat tips nak buat puding jagung kastad kita berkilat.

Semoga bermanfaat. Sebarkan bahagia.


9 comments:

  1. Wahh .. ada juga resepi puding jagung ye .. saya punya entri pun ada ttg ni tapi tak lengkap. Ramai juga yang suka resepi puding jagung ni.

    www.hasrulhassan.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...sebab simple ramai yang suka masak puding jagung ni. Saya pun baru lepas membuatnya.

      Delete
  2. Assalamualaikum...sis napa sy buat da smpai likat kacau atas api pas2 tuang dlm pelengat tggu sejuk pas2 ltak dlm peti aislama gak tp masih lembik mcm wk2 dlm periuk td la..napa?? Bole tolong??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt
      Hai Dik, jika tak keras jugak, mungkin terlebih air tu. Sukatan air ikut sukatann tin susu sejat..contoh, klu 1/2 tin susu sejat, air pun 1/2 tin.

      Delete
  3. kalu msk kan sedikit majerin ok ka?
    or msk kn telur utk tampak lembut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu masuk majerin sebab kastard & jagung manis memang dah berlemak. Kalau nak lembut, tambahkan lebih air.

      Delete
    2. Tak perlu masuk majerin sebab kastard & jagung manis memang dah berlemak. Kalau nak lembut, tambahkan lebih air.

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.