Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Doa Mohon Taufik Dan Hidayah Allah

Doa Mohon Taufik Dan Hidayah Allah - Taufiq dan hidayah Allah adalah milik Allah. Untuk siapa dan kepada siapa ia diberikan, ia penuh rahsia. Kadangkala kita sesuka hati mengata orang lain belum mendapat hidayah Allah sedangkan kita lupa untuk merenung diri kita sendiri.




Beza Antara Hidayah Dan Taufik


Kita sering menyebut Hidayah Allah tetapi apakah maksud hidayah tersebut? Apa yang dimaksudkan dengan makna hidayah ialah, Allah SWT telah memasukkan iman ke dalam seseorang. Ini bermakna, semua manusia yang menganut agama Islam adalah mendapat hidayah Allah SWT tetapi tidak semua dari kalangan mereka mendapat taufik untuk mengerjakan amal soleh.
Hidayah dalam pengertian ini adalah Hidayah Taufik, hanya Allah yang mampu menciptakannya di dalam hati seseorang. Hidayah ini hanya untuk orang-orang yang bertakwa. 

Dan Hidayah jenis ini terdapat dalam firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Surat Al-Qashash: 56,
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk."

Menurut kitab Jauharah Tauhid yang saya baca dari tulisan ustaz Farid, pengertian taufik ialah sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT yang mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan jika perkara tersebut berada di dalam dirinya. Taufik adalah kekuatan.

Taufik tidak akan diberikan oleh Azza Wajalla melainkan hanya kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan rasa kehambaan demi mendekatkan diri kepadaNYA.

Secara ringkasnya ia memberi faham kepada kita bahawa dengan adanya taufik, manusia akan cenderung untuk melakukan kebaikan terus menerus sehingga ke akhirnya. Amin.


Doa Mohon Taufiq Dan Hidayah Allah


"Allahumma as-aluka tawfiqa ahlil huda, wa a’mala ahlil yaqini, wa munashahata ahlit taubati, wa’azama ahlish shabri, wa jidda ahlil raghbati, wa ta’abbuda ahlil wara’i, wa irfana ahlil ‘ilmi hatta akhafaka.”


Maksudnya:

"Ya Allah aku memohon kepada Engkau taufik yang di berikan kepada orang-orang yang mendapatkan petunjuk dan amalan-amalan orang yang memperoleh keyakinan. Keikhlasan hati orang-orang yang sabar dan kesungguhan orang-orang yang takut dan susah mencari yang dilakukan oleh orang-orang yang gemar kepada Engkau. Dan ibadah orang-orang yang berilmu hingga aku takut kepada Engkau.”

Semoga bermanfaat. Sebarkan untuk kebahagiaan semua umat islam. Semoga kita terpilih antara hamba-hambaNya yang diberikan taufik dan hidayah dari Allah swt.


Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. salam, ada tak arabnye utk doa mohon taufik dan hidayah tu, transliteration tu saya tak reti baca, puas saya cari tak jumpe,dan kalau leh nk tau sumber doa tersebut. tq

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close