Doa Dan Surah Air Penerang Hati

aynora nur | 16 March, 2015,8:19 PM |
Advertisement
Doa Dan Surah Air Penerang Hati | Air penerang hati khas untuk anak-anak yang mahu menduduki peperiksaan, menghafaz al Quran dan mudah menerima pelajaran. Ada juga sesetengah orang minum air penerang hati ketika mahu berucap, bernikah dan sebagainya supaya fikiran dan hati jadi terang.

Cara buat air penerang hati di bawah ini saya kongsikan daripada MutiaraSyifa. Semoga segala kebaikan yang dipanjangkan dan disebar-sebarkan, membawa manfaat kepada orang yang memerlukan.

Doa Dan Surah Air Penerang Hati

Sebelum memulakan doa dan membacakan surah-surah untuk menyediakan air penerang hati, kita sediakan air masak, air mineral atau air hujan yang ditadah pada malam jumaat.

Masukkan ke dalam botol atau bekas air yang mudah disimpan. Waktu yang sesuai dilakukan selepas solat isyak dan jika baiknya lakukan selepas solat hajat, meminta Allah SWT makbulkan dan minta anak-anak yang minum air penerang hati itu dapat menghafalkan pelajaran dan sebagainya yang dihajati.

Kemudian letakkan bekas berisi air masak atau air mineral atau air tadahan hujan tadi di hadapan kita.

Biarkan penutup bekas air terbuka.

DOA yang dibaca terpulang kepada kita untuk meminta apa yang dihajati. Berdoa dengan bersungguh-sungguh dan dengan rasa rendah diri.

Surah-surah yang dibaca untuk air penerang hati 


Surah-surah yang perlu dibaca adalah Selawat Nabi, surah al Fatihah, Surah 3 Qul (al Ikhlas, al Falaq dan an Nas), surah al Insyirah (alam nasyrah) dan Bismillah 6.

1. Selawat Nabi -10 kali


Baca Selawat Untuk Air Penerang Hati


2. Bacaan Al-Fatihah – 1 kali




Maksudnya;

1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. Yang menguasai hari pembalasan.
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kepada kami jalan yang lurus.
7. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

3. Baca Tiga Qul – 1 kali.




4. Surah Alam Nasyrah (Surah 94) – 11 kali




Maksudnya:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

5. Baca Bismillah Enam – 11 kali.


 

Cara Mengamalkan Air Penerang Hati 

Sebaik saja selesai baca surah Alam Nasyrah dan Bismillah Enam, hembus pada air tersebut. Minum air penerang hati tersebut pagi atau malam. Allahyarham ayah saya selalu memesan kepada kami untuk meminumnya dua kali sehari. (Al Fatihah untuk ayahanda...)

Semoga perkongsian ilmu yang bermanfaat di atas dapat memberikan dorongan dan semangat kepada anak-anak kita dalam menimba ilmu pengetahuan, yang berguna di dunia dan akhirat.

Yang penting istiqamah (urusan yang baik walau sedikit tetapi berterusan) dan tidak berhenti menuntut ilmu.

Sebarkan Bahagia.

Sebarkan Bahagia:
Tag : Himpunan Doa
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
5 Komen untuk "Doa Dan Surah Air Penerang Hati"
This comment has been removed by the author. - Hapus

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Terima kasih dgn perkongsiannya semoga Allah memberi anugerah kebaikan di dunia dan di akhirat Aameen!
Saya nak tanya boleh tak kita guna air masjid selepas solat Jumaat, sebab saya mmng ajar ank setiap kali solat Jumaat bawa air dari masjid sorang sebotol blk rmh.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Terima kasih dgn perkongsiannya semoga Allah memberi anugerah kebaikan di dunia dan di akhirat Aameen!
Saya nak tanya boleh tak kita guna air masjid selepas solat Jumaat, sebab saya mmng ajar ank setiap kali solat Jumaat bawa air dari masjid sorang sebotol blk rmh.

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top