Resepi Ayam Goreng Kunyit Ala Thai

aynora nur | 25 May, 2015,11:35 AM |
Advertisement
Resepi Ayam Goreng Kunyit Ala Thai. Siapa tak suka makan ayam, kan? Ayam mudah di masak dan dipelbagaikan resepinya. Dan salah satu resepi mudah adalah buat ayam goreng kunyit. Kali ini saya nak kongsikan ayam goreng kunyit ala Thai. Ciri-ciri ayam goreng kunyit ala Thai adalah ianya lembut, garing dan berjus di dalam. Tidak berminyak pulak tu...memang terbaik!!


Resepi Ayam Goreng Kunyit Ala Thai
Ayam goreng kunyit ala Thai

Resepi Ayam Goreng Kunyit Ala Thai


Bahan-bahan:

300 gm isi ayam - bahagian dada
1 camca teh serbuk kunyit
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 biji lada merah
1 camca teh sos ikan
1 camca teh tepung jagung
1/2 camca teh garam
4 batang kacang panjang
1/2 batang lobak merah
1 cawan minyak masak

Cara menyediakan Ayam Goreng Kunyit Ala Thai


1. Isi ayam dipotong dadu

2. Perap isi ayam bersama sos ikan, garam, serbuk kunyit dan tepung jagung.

3. Potong kacang panjang sepanjang 1 inci, lobak merak pun dipotong ikut saiz kacang panjang. Bawang besar dihiris tebal-tebal. Lada merah dihiris memanjang dan tebal.

4. Panaskan 1 cawan minyak. Ketuk bawang putih dan tumis sebentar saja.

5. Masukkan ayam yang telah diperap. Kacau dan goreng dalam api yang besar selama 10 - 15 saat, sehingga ayam garing.

6. Kecilkan api, masukkan bawang besar, lada merah, lobak merah dan kacang panjang. Kacau gaul seketika.

7. Toskan minyak pada ayam goreng kunyit tadi. Sedia untuk dihidangkan.

Rahsia Ayam Goreng Kunyit Ala Thai Lebih Lembut Dan Berjus Di Dalam


1) Goreng ayam menggunakan api yang besar, lebih elok guna dapur bertekanan tinggi (macam kat restoran). Kemudian, tutup dengan penutup periuk dan sebagainya selama 2 minit untuk isi ayam goreng yang lembut. 
  
2) Ayam goreng kunyit yang terhasil lebih garing, lembut dan berjus di dalamnya.

3) Jika sukakan sayuran segar, tumis kacang dan lobak merah seketika sahaja. Sayuran lebih rangup dan sedap serta berperisa asli.

Semoga resepi ayam goreng kunyit ala thai yang saya kongsikan di atas dapat menjadi panduan kepada peminat masakan berasaskan ayam. Sebenarnya memasak bukanlah kerja mudah namun tidaklah pula susah sangat. Yang penting kita kena lebih kreatif dan ikhlas dalam menyediakan hidangan tersebut...

Sebarkan info, jika ia bermanfaat.

Tag : Resepi
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
1 Komentar untuk "Resepi Ayam Goreng Kunyit Ala Thai"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top