Cara Goreng Ayam Supaya Lembut Isinya

aynora nur | 19 December, 2015,10:09 PM |
Advertisement
Cara goreng ayam supaya lembut isinya di dalam dan rangup di luar. Hehe...macam iklan je kan? Idea ini saya nak kongsikan kepada pembaca di luar sana yang menghadapi masalah seperti saya, goreng ayam di luar nampak dah masak dan crispy tetapi bila belah isinya, masih mentah. Problem kan? Kena goreng semula ayam tu..


Cara goreng ayam supaya lembut isinya


Baiklah.

Sebenarnya saya cuba buat dua cara ini tetapi yang satu saja menjadi. Cara lagi satu ayam kena goreng agak lama dengan api yang kecil. Leceh..


Cara Goreng Ayam Supaya Lembut Isinya


Setelah ayam dilumur dengan kunyit, garam, halia dan bawang putih, perapkan sekejap lebih kurang 1/2 jam. Kemudian boleh digoreng ayam tu..

Cara yang mudah adalah tutup ayam yang sedang di goreng dalam kuali tu. Terpulang kepada anda nak tutup dengan apa...mungkin boleh guna dulang, tutup periuk, dan sebagainya.

Terpulang jika anda nak guna api yang besar, sederhana ataupun api kecil. Saya maintain guna api sederhana.

Selepas lebih kurang 2 minit, anda buka penutup kuali tersebut. Dan biarkan ayam goreng hingga masak. Iaitu telah berwarna kuning keperangan. Angkat dan toskan minyak pada ayam sebelum pindahkan pada piring.

Insyaa Allah, dengan cara tersebut ayam goreng anda masak di luar dan dalam. Bahagian dalam daging ayam juga kelihatan berjus (juicy), dan tidak keras kematu...hihi

Cubalah.

Selamat berjaya. Oh ya...jika anda ada cara yang lebih praktikal atau lebih mudah, boleh kongsikan di ruangan komen di bawah.

#sebarkan bahagia, kongsikan jika ianya bermanfaat.

Tag : Petua
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Cara Goreng Ayam Supaya Lembut Isinya"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top