Header Ads

Resepi Ayam Ungkep Asli


Advertisement
Resepi Ayam Ungkep Asli - Ayam ungkep adalah resepi orang Jawa yang menjadi hidangan paling simple untuk menyediakannya. Ia adalah ayam yang diperap/tutup di dalam kuali/periuk dengan api sederhana besar setelah dicampur dengan bahan-bahan dan rempah ratus asli hingga empuk.

Okay. Setelah empuk dan bila penutup ayam dibuka kita akan dapati seperti minyak tepu bercampur dengan ayam. Jangan risau ya kekawan. Memang begitulah jadinya bila ayam ditutup. Rempah yang bercampur dengan minyak dan wap akan menyerap ke dalam ayam dan menjadikan ayam ungkep itu begitu lazat dan istimewa.

Namun oleh kerana proses penyediaannya yang agak mudah, ayam ungkep bukanlah menu kegemaran dalam sebarang majlis keraian, kenduri kesyukuran atau majlis perkahwinan. Kalau ada pun atas permintaan rakan-rakan sahaja. Jarang saya jumpa menu ayam ungkep dalam majlis istimewa. Mungkin ayam ungkep lebih sesuai untuk hidangan seisi keluarga berbanding menu ayam masak kicap atau ayam masak merah.


Resepi Ayam Ungkep Asli

Bagi yang berminat membuat hidangan ayam ungkep untuk hidangan sekeluarga, bolehlah dicuba resepi yang disediakan di bawah.

Resepi Ayam Ungkep Asli 


Bahan-Bahannya:

600 gram ayam, potong saiz sederhana
2 batang serai, dititik
2 helai daun salam @ 3 helai bay leaf
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan Kisar Halus :

7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 biji cili hijau
10 – 15 biji cili padi merah
1 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
3/4 inci kunyit hidup

Cara Membuatnya :

1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum,

3. Masukkan serai dan daun salam @ bay leaf,

4. Kacau rata dan masukkan ayam.

5. Gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.

6. Tuang air secukupnya (anggaran tenggelam ayam).

7. Tutup rapat ayam di dalam kuali/periuk. Biar mendidih.

Resepi Ayam Ungkep Asli


8. Masukkan gula merah serta garam.

9. Tutup semula dan masak dengan api sederhana hingga kering.

10. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam.

11. Masak sekejap, dan jika ok boleh matikan api.


Rahsia ayam ungkep sedap lagi lazat hingga menjilat jari?


1. Perkataan ungkep tu asalnya bahasa Jawa tetapi kalau dialihbahasa ke melayu maksudnya tutup. Ini bermakna ayam ungkep ni cara memasaknya dengan menutup ayam yang telah bercampur bahan-bahannya dalam kuali. Tutup hingga ayam empuk. Proses ungkep ini menyebabkan wap yang jatuh semula dalam ayam menjadikannya lazat dan sedap! Unik kan? So tutup rapat-rapat erkk...

2. Resepi ayam ungkep tidak menggunakan asam keping atau asam jawa. So, rasanya memang asli dari bahan-bahan semulajadi. Tidak ada rasa masam bagi yang tidak gemarkan rasa sedemikian. Namun jika suka boleh juga masukkan sekeping asam gelugor.

Selamat mencuba resepi ayam ungkep asli iaitu resepi tradisi orang Jawa di Malaysia. 

Advertisement

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.