Doa Harian Memohon Kebaikan Ilmu, Rezeki Dan Amalan

Doa Harian Memohon Kebaikan Ilmu, Rezeki Dan Amalan - Untuk dikongsikan dan diamalkan oleh kita sehari-hari. Doa Harian memohon kebaikan kepada Allah dalam setiap ilmu, amalan dan rezeki yang kita jalankan. Doa yang mengiringi perjalanan kita seharian sebagai makhlukNya yang lemah. Doa yang dijadikan inspirasi dan motivasi agar melakukan yang terbaik setiap hari. Insyaa Allah.  

Kita hanya insan yang lemah. Sentiasa mengharap kekuatan dan sokongan redha daripada Allah. Semoga doa-doa kita hamba yang lemah kepada Yang Maha Agung iaitu Allah SWT menjadi kekuatan dan pendorong keredhaan kita dalam menerima segala dugaanNya.


Doa Harian Memohon Kebaikan Ilmu, Rezeki Dan Amalan 



اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا , وَ رِزْقًا طَيَّبًا , وَ عَمَلاً مُتَقَبَّلاً


Dalam rumi:

Allahumma inni as aluka ‘ilman naafi’aa wa rizqan toyyibaa wa ‘amalan mutaqabbalaa


Maksudnya:

"Ya Allah, aku mohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima."




Doa Harian Memohon Kebaikan Ilmu, Rezeki Dan Amalan

Maksud Doa Harian Memohon Kebaikan Ilmu, Rezeki Dan Amalan Dalam Bahasa Inggeris


Doa Harian Memohon Kebaikan Ilmu, Rezeki Dan Amalan

Semoga bermanfaat. Sesungguhnya tiada upaya dan daya kita melainkan dengan pertolongan daripada Tuhan Yang Maha Kuasa Allah Azzawajalla...

Sebarkan bahagia. 

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.