Cara Buat Kuah Kari Dhal Yang Sedap

aynora nur | 07 January, 2016,9:06 AM |
Advertisement
Cara Buat Kuah Kari Dhal Yang Sedap. Kuah Dhal sedap dimakan dengan roti canai. Lepas tu, tambah sikit sambal tumis. Boleh dibayangkan sedapnya sarapan hari itu...heheh

Saya nak kongsi tentang kuah dhal. Ada banyak cara orang masak kuah dhal atau dalca. Ada yang letak biji sawi, ada yang masukkan daun kari, ada sesetengahnya letakkan lada kering..

Mana satukah cara yang boleh menghasilkan kuah dalca yang sedap lagi lazat? Kalau ikut citarasa saya, kuah dhal yang sedap mestilah lembut dhalnya tetapi tidak terlalu hancur.


Cara Buat Kuah Kari Dhal Yang Sedap


Kuah Kari Dhal ni saya ambil resepinya dari Resepi :MaDiHaA's Hubby, a.k.a Ratna yang saya rasa paling perfect dan ikut citarasa saya. Semua ada, dan yang penting tak letak biji sawi yang hitam berbiji-biji tu...(saya tak suka..)



Bahan-bahannya:

  • 1 cawan kacang dhal (khas utk buat kuah dhal) ~ cuci bersih & rendam dalam 1 - 2 jam (lagi lama rendam lagi cepat kacang empuk) 
  • 1 cawan ayam ~ dipotong kecil-kecil (bahagian tulang pun takpe, untuk maniskan kuah aje.. kalau nak masukkan isi-isi pun boleh..) 
  • 6 urat kacang panjang ~ potong 1 inci 
  • 1 batang carrot ~ potong ikut suka
  • 2 ulas bawang merah ~ hiris nipis 
  • 2 ulas bawang putih ~ hiris nipis 
  • 1 inci halia ~ hiris nipis & potong memanjang halus 
  • 1 tangkai daun kari 
  • 3 biji cili kering ~ digoreng sebentar & ketepikan 
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit* 
  • 1 sudu besar serbuk kari daging* 
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih* 
  • 1 sudu besar serbuk cili* (boleh kurangkan jika tak mahu pedas) 
  • garam & perasa secukupnya 
  • minyak untuk menumis 
  • air secukupnya untuk kuah 
  • (bahan2 bertanda * campurkan sikit air jadikan pes) 

Cara Buat Kuah Kari Dhal Yang Sedap 


1. Rebuskan kacang dhal yang direndam tadi hingga kembang dan agak-agak nampak nak pecah sikit.

2. Dalam periuk lain atau kuali.. panaskan minyak lalu tumiskan bahan-bahan hiris hingga terbit aromanya. Masukkan daun kari serta pes rempah-rempah tadi. Kacau rata dan biar wangi.

3. Masukkan ayam dan kacau kejap, kemudian masukkan air. Biar ayam masak sekejap. 


Dalca kaki ayam pun sedap!!

4. Biar mendidih dan akhir sekali masukkan bahan-bahan ini dalam periuk kacang dhal yang direbus tadi, cili kering goreng, lobak merah dan juga kacang panjang. Masukkan garam dan perasa secukupnya. Biar mereneh ikut kepekatan yang anda suka, (boleh tambah air jika kuah terlalu pekat)

5. Siap untuk dihidangkan dengan puri, chapati, roti biasa ataupun roti canai...

Selamat mencuba. Semoga resepi kuah kacang dhal di atas dapat dicuba untuk rasa yang lazat. Kongsikan jika suka dengan resepi kuah kari dhal yang sedap, lembut dan lazat. Heheh..

#sebarkan bahagia  
Tag : Resepi
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Cara Buat Kuah Kari Dhal Yang Sedap"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top