Bagaimana penerimaan anda dengan kadar dividen dan bonus ASB tersebut? Ada bantahan. Any comment? Walau apapun, dapat juga rezeki awal tahun bagi mereka yang menyimpan di dalam ASB, kan?

Cara Kira Dividen ASB
Dividen ASB dikira seperti berikut:
Baki akhir SETIAP bulan dari Januari hingga Disember dicampurkan. Jumlahnya dibahagi dengan 12. Hasil pembahagian X % dividen diisytihar.
Contoh:
Baki akhir di akaun ASB pada hujung bulan-bulan berikut:
Jan 1,000
Feb 2,000
Mar 4,000
Apr 3,000
May 2,000
Jun 5,000
July 6,000
Ogos 7,000
Sept 8,000
Oct 6,000
Nov 10,000
Dec 12,000
Jumlah RM 66000
Jumlah purata = 66,000 / 12 bulan
= 5500.
Jumlah dividen = 5,500 X 7.65%
= RM 420.75
Semoga perkongsian di atas dapat memberikan info baru kepada anda yang selama ini tidak tahu cara dividen ASB dikira.
#sebarkan info

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.