Beli Buku Online di Bookcafe Guna Baucer Buku 1Malaysia 2016

aynora nur | 02 March, 2016,3:48 PM |
Advertisement
Beli Buku Online di Bookcafe Guna BB1M 2016. Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) 2016 boleh ditebus di PTS Bookcafe. Ada beberapa kaedah guna BB1M untuk beli buku di Bookcafe dan anda boleh lawat terus ke Bookcafe.Com.my untuk melakukan urusan yang dikehendaki. Pihak Bookcafe juga menyediakan Pakej Combo BB1M dengan harga yang menarik. 

Dengan membeli buku secara online ia lebih memudahkan, jimat masa dan pantas. Tak perlu berebut-rebut curi masa anda yang sibuk dengan pelbagai assignment untuk gunakan BB1M anda.    

Anda juga boleh KLIK banner di bawah untuk terus ke Bookcafe.Com.my....


Cara Membuat Pesanan Online


1. Buat pesanan buku di Bookcafe.com.my seperti biasa. (Rujuk sini)

2. Pada langkah Pilih Kaedah Pembayaran, pilih Baucar Buku 1Malaysia 2016 sebagai kaedah pembayaran.

3. Klik Submit My Order seperti biasa. Pelanggan akan mendapat email invoice daripada Bookcafe selepas Order dibuat. Rekodkan No Order (No Pesanan) untuk rujukan.

Sediakan Dokumen yang Diperlukan


1. Dokumen yang perlu disediakan adalah:

- Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)

- Salinan Kad Pengenalan (MyKad)

- Salinan Kad Pelajar (Kad matriks atau apa-apa bukti yang menunjukkan pemilik baucar buku ini adalah pelajar sah di institusi baucar buku ini dikeluarkan)


2. Baucar buku mestilah diisi dengan lengkap iaitu mengandungi:

- Nama Pelajar (Depan)
- No. Kad Pengenalan (Depan)
- NO. Telefon (HP) (Depan)
- Cop Rasmi Sekolah/Kolej/Universiti (Belakang)

Kami tidak akan memproses sebarang pesanan yang dibuat menggunakan baucar buku yang tidak diisi dengan lengkap. Kami akan memulangkan baucar buku ini dengan kos penghantarannya ditanggung oleh pelanggan.


3. Tuliskan No. Telefon dan No. Order (No. Pesanan) pada dokumen salinan IC (untuk rujukan kami)


Terma & Syarat Penggunaan BB1M di Bookcafe


1. Pelanggan merupakan pelajar iaitu pemilik sah kepada BB1M yang dikeluarkan oleh institusi yang sah. Baucar dari pihak ketiga tidak akan diterima.

2. Hanya baucar yang tulen, sah, dan diisi dengan lengkap sahaja diterima.

3. Penghantaran baucar bersama dengan tambahan duit kertas atau syiling sama sekali dilarang. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakkan terhadap baucar atau duit yang disebabkan oleh penghantaran atau kecuaian pihak penghantaran.

4. Pelanggan digalakkan untuk mencatat no siri baucar yang dihantar kepada Bookcafe untuk rujukan akan datang.

5. Sebarang kos pemulangan baucar yang disebabkan oleh kesilapan pelanggan (seperti tidak diisi dengan lengkap atau terlebih hantar) akan ditanggung oleh pelanggan.

6. Tempoh sah pembelian menggunakan BB1M ialah dari 1 Januari sehingga 30 Jun 2016.

7. Bukti penghantaran (BB1M) tidak dikira sebagai bukti penerimaan (oleh pihak Bookcafe). Rekodkan tracking no penghantaran BB1M anda untuk rujukan & tindakan susulan.

8. Hanya pemilik baucar BB1M yang sama sahaja dalam satu resit pembelian. Menggabungkan berbilang pemilik baucar untuk 1 pesanan adalah tidak dibenarkan.

Cepat lakukan urusan tebus BB1M anda di Bookcafe secara online!!
Tag : Book Cafe
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Beli Buku Online di Bookcafe Guna Baucer Buku 1Malaysia 2016"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top