Rahsia Dan Personaliti Orang Lahir Bulan Ogos

aynora nur | 18 August, 2016,11:11 AM |
Advertisement
Rahsia Dan Personaliti Orang Lahir Bulan Ogos | Sebelum ini saya ada menulis tentang rahsia kelahiran bulan ogos. Ada banyak rahsia dan personaliti orang yang lahir dalam bulan tersebut yang menarik untuk dikembangkan. Sebelum ini saya hanya menulis secara ringkas dan mengikut pendapat dan kajian daripada Dato' Dr Fadzilah Kamsah.

Tapi kali ini saya nak bongkar rahsia dan personaliti orang yang lahir dalam bulan Ogos. Apakah keistimewaan mereka? Apakah rahsia personaliti mereka yang tersembunyi? Jika anda ada saudara atau adik beradik yang lahir dalam bulan Ogos, apakah kerekter mereka?

Rahsia Dan Personaliti Orang Lahir Bulan Ogos

Jom baca perkongsian di bawah yang saya selidik dan baca dari beberapa sumber seperti Majalah Remaja, daripada Google, panduan dan kajian Dato' Fadzilah Kamsah dan banyak lagi.  

Rahsia Dan Personaliti Orang Lahir Bulan Ogos 


Jika kita perhatikan orang yang lahir bulan Ogos ni, memiliki ciri seorang penghibur yang disukai. Contohnya penyanyi Asmawi atau Mawi. Ingat tak dulu ketika fenomena 'Mawi World' menerjah negara kita. Semua orang suka dengannya. Karekter yang selamba dan jujur menjadi idaman ramai wanita. Ada juga kajian mengatakan orang yang lahir bulan Ogos pandai bersilat. Ermmm...iya kut. Selain itu, Awal Ashaari juga lahir bulan Ogos.

Kelebihan orang yang lahir bulan Ogos


Orang yang lahir bulan Ogos kebanyakannya suka mencari kawan dan berlawak. Tidak hairanlah jika mereka disenangi oleh ramai orang dan disayangi ramai. Mereka juga mengambil berat tentang pasangan masing-masing.

Saya lihat orang lahir bulan Ogos ni memiliki daya berfikir yang tinggi serta semangat juang yang luar biasa. Tak percaya? Cuba anda lihat bekas presiden Palestin yang dulu iaitu Yasser Arafat. Orangnya sangat kuat berjuang untuk pembebasan Palestin dan sanggup mempertahankan negaranya hingga ke titisan darah terakhir.

Satu lagi kelebihan orang yang lahir bulan Ogos adalah mereka suka memimpin. Ini memang terbukti. Antara pemimpin dunia yang lahir bulan Ogos adalah Barrack Obama, bekas Presiden US, Bill Clinton dan bekas presiden Mesir iaitu Muhammad Mursi.

Kelemahan orang yang lahir bulan Ogos 


Tetapi di sebalik kelebihan di atas, ada juga kelemahan atau kekurangan mereka yang lahir bulan Ogos. Sekadar kajian aje, jangan ambil hati ya...

  • Cepat marah dan mudah mengamuk
  • Sangat cemburu
  • Sikap kelam kabut
  • Terlalu pemurah dan sangat ego

Hah! Macam mana? Benarkah senarai kelemahan di atas? Adakah anda seorang yang cepat marah dan sangat cemburu? Tidak mengapa...setiap kelemahan boleh diatasi dengan menambah ilmu dan mengubah apa yang perlu dan sesuai dengan keadaan personaliti kita. Contohnya sifat sangat pemurah itu mendatangkan kebaikan dan kelebihan jika anda memberikan kepada golongan yang tepat.

Sikap kelam kabut pula boleh di atasi jika anda belajar bertenang dan membuat senarai aktiviti yang perlu dilakukan sehari-hari. So, jadikan kelemahan anda itu satu kelebihan disebaliknya.

Oh ya!

Rahsia Dan Personaliti Orang Lahir Bulan Ogos


Lupa nak kongsikan kat atas tadi, antara tokoh pemimpin dunia yang lahir dalam bulan Ogos adalah Barrack Obama, Yasser Arafat dan bekas timbalan PM kita Anwar Ibrahim. Happy birthday buat mereka!!

Perkongsian di atas adalah sekadar hiburan dan bacaan semata-mata. Ingat ya, yang baik kita ambil dan perteguhkan dan yang tak baik biarkan dia pergi...hihi
Tag : Keluarga
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
1 Komentar untuk "Rahsia Dan Personaliti Orang Lahir Bulan Ogos "

yang saya perasan, banyak negara yang sambut hari Merdeka pada bulan Ogos :D

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top