Header Ads

Resepi Mudah Ayam Masak Merah Yang Sedap


Advertisement
Resepi Mudah Ayam Masak Merah Yang Sedap - Semalam cuti-cuti Hari Malaysia, ada luang masa sikit untuk memasak demi keluarga tercinta. Antara masakan kegemaran hero-hero saya adalah ayam masak merah tapi kurang pedas. Haha...ada saja syaratnya. Begitulah...mentang-mentang saya sorang suri dalam rumah tu, kena buli saja!!

Namun begitu memasak adalah satu terapi, bila kita happy masakan kita mesti sedap walaupun pakai campak-campak aje. Tapi kalau sedang sakit, hidangan yang kita masak pun macam orang sakit, pucat dan tak bermaya. Hihi...tak caya? Cuba buat, nanti anda akan tahu...

Resepi Mudah Ayam Masak Merah Yang Sedap

Resepi mudah ayam masak merah yang akan saya kongsikan adalah resepi rahsia (sekarang dah tak rahsia...ceh..) yang MIL bagi. Saya dah cuba berkali-kali, ternyata ia memang sedap dan lazat hingga menjilat jari. Tips dia mudah saja, tumiskan dulu bunga lawang, serai dan kayu manis agar minyak yang kita guna itu berbau wangi harum ketika proses seterusnya...

Resepi Mudah Ayam Masak Merah Yang Sedap


Bahan-bahan:

1 ekor ayam - di potong 16
10 tangkai lada kering - dikisar
2 biji bawang besar - dikisar
6 ulas bawang kecil - dikisar
1 1/2 inci halia - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 batang serai - diketuk
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 keping asam keping
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis (anggaran 3 inci)
1/2 tin susu sejat
Sedikit gula
Sedikit garam
minyak untuk menumis
Serbuk perisa yang dibenarkan

Cara Menyediakan Resepi Mudah Ayam Masak Merah Yang Sedap


1. Panaskan minyak. Goreng ayam yang telah disalut dengan garam, kunyit dan bawang putih hingga masak kekuningan. Toskan.

2. Panaskan minyak baru. Tumiskan 2 biji bunga lawang, kayu manis dan serai. Hingga naik bau.

tumis bunga lawang dan kayu manis
3. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar, sos tiram, sis cili dan sos tomato. Biarkan seketika hingga pecah minyak.

4. Masukkan asam keping tadi.

5. Biarkan mendidih, baru masukkan sedikit gula dan garam. Perisakan.

6. Masukkan ayam dan gaul rata.

7. Akhir sekali masukkan susu sejat untuk hidangan berkuah ayam masak merah yang berlemak dan lazat.

8. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Mudah Ayam Masak Merah Yang Sedap
Sumber majalah rasa
 
Dari sumber google
Haa...layanlah gambar-gambar ayam masak merah kat atas tu, nampak sedap dan bila dapat buat dengan betul tentu kita gembira melihat hasilnya.

Bila bahan-bahan masakan sudah tersedia, main campak-campak je, tup-tup dah siap. Tengok handal tak handal chef tak bertauliah ni..

Selamat mencuba ya. Jangan jemu cuba hingga berjaya.
Tudung kanak-kanak

2 comments:

  1. sedapnyaa ayam masak merah.. teringat lauk kenduri td.. hihihi..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.