Panduan Cara Menulis Dengan Betul Untuk Blog

loading...
Cara Menulis Yang Betul Untuk Blog. Ramai juga yang bertanya bagaimana nak dapat trafik yang tinggi untuk blog terutama bagi blog personal. Biasanya blog personal ditulis seperti diari yang sekadar menggunakan bahasa pasar, cerita yang lebih santai dan dibaca oleh geng-geng blogger yang sama 'line' atau 'niche'.

Sebelum anda baca sampai habis, saya nak pesan sikit ya kekawan, ...tulislah sesuatu yang akan membahagiakanmu di akhirat nanti. Itu aje.. >---<

Sebenarnya tanggapan itu silap ya kekawan..., walaupun sebuah blog personal yang bercampur aduk kisahnya, anda masih boleh menjana income yang tinggi dan mendapat trafik yang tinggi. Contohnya blog personal yang cerita kisah sehariannya seperti blog Hanis Zalikha, blog Namee Roslan, blog Red Mummy dan banyak lagi. Cuma apa yang perlu dilakukan adalah menulis dengan cara yang betul, ada perenggan, font yang sesuai, ejaan dengan betul dan memaparkan imej yang sesuai dengan artikel yang dihasilkan. Walau blog personal tetapi diselitkan dengan panduan berguna pun merupakan satu trick penulisan yang baik.

Panduan Cara Menulis Dengan Betul Untuk Blog


Panduan menulis untuk blog yang berikut adalah sekadar pandangan melalui pengalaman saya menulis blog setelah hampir 6 tahun (secara serius). Jika ada kesilapan, anggaplah saya pun dalam proses belajar macam anda semua, no hard feelings, okay!




1. Gunakan ejaan yang betul dan penuh


Perkara paling penting dan utama yang nak saya ingatkan kepada penulis blog adalah mesti menulis dengan menggunakan ejaan yang betul dan penuh. Kenapa? Mengapa saya kata ianya penting? Sebab jika anda mahu blog anda di index dalam Google search, itulah jalannya...gunakan ejaan yang penuh dan betul agar tulisan anda mesra SEO.

Ada kawan saya blogger otai cakap, ia juga untuk tujuan alihbahasa atau translate. Jika tulisan atau ejaan anda kucar kacir, macam mana komputer nak 'detect' perkataan anda itu?
Ejaan yang betul menjadikan blog anda mesra SEO dan peluang untuk pembaca luar negara berkali-kali singgah kerana mesra Google translate. - Blogger Otai

2. Tajuk yang sesuai


Tajuk yang sesuai juga amat penting untuk menarik pembaca singgah di blog. Namun, jangan gunakan tajuk yang menghasut, menghina, provokasi dan menipu. Kenapa saya katakan begitu, kerana ada banyak terdapat blog di luar sana yang menggunakan tajuk artikel yang menipu agar dapat membuatkan postnya itu trending.
Contohnya, "Innalillah dan al Fatihah kepada si polan bin si polan di hukum gantung sampai mati..."

Faktanya, bila baca sampai habis artikel tersebut, ianya hanyalah skrip drama atau telefilem TV. Tajuk tersebut boleh mengundang pelbagai spekulasi. Hindarkan daripada berbuat begitu!

3. Perenggan di atur dengan kemas


Pastikan perenggan artikel anda di atur dengan kemas, janganlah buat perenggan macam ular kena palu. Mata pembaca nak baca pun berpinar dibuatnya.

4. Buat blockquote untuk tulisan berbentuk perbualan


Blockquote amat sesuai untuk menulis dalam blog dan saya percaya ia mudah menangkap mata pembaca. Apa yang boleh anda letak dalam blockquote? Mudah saja, nama pun "quote", jadi jika anda nak ambil rujukan luar, kata-kata seorang yang pakar atau anda rujuk artikel seseorang, gunakanlah blockquote.

Anda boleh rujuk pada item nombor 1 dan 2 di atas, contoh yang saya lakukan. Bukankah ia nampak lebih cool dan menarik untuk dibaca?

5. Letakkan gambar yang tepat


Dalam setiap artikel yang bagus, ia haruslah memiliki tema, menyelesaikan masalah, disertakan gambar yang sesuai, ada titik noktah, koma dan sebagainya.

Membaca, mendengar, dan melihat adalah satu perbezaan yang nyata dan bila kita menulis, letakkan tanda baca yang betul. Kesilapan meletakkan gambar dan tanda bacaan, boleh menyebabkan pelbagai tanggapan terhadap tulisan tersebut. Berhati-hatilah!


7. Tulisan yang tidak terlalu panjang


Sebuah tulisan yang baik haruslah menepati kehendak umum pembaca blog. Mengikut kajian oakar SEO, sebuah tulisan yang baik haruslah melebihi 300 patah perkataan TETAPI tidaklah panjang macam menulis tesis.

Jika artikel yang di tulis itu terlalu menarik, anda boleh membuat part 1, part 2, dan sebagainya. Jangan biarkan pembaca blog anda boring dengan post yang terlalu berjela. Berikan aura suspen dalam tulisan anda!

Itulah sebahagian panduan cara menulis artikel yang betul untuk blog. Anda mungkin ada cara lain yang lebih praktikal dan mahu kongsikannya dengan kami? Tuliskan di ruangan komen dan saya akan kemaskini artikel di atas untuk manfaat penulis blog semua.

Sama-sama berjaya...

4 comments:

  1. okey..kena ambil perhatian ni..

    nak bg blog mesra pembaca..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Jie, kita belajar sama2, okay..

      Delete
  2. Wah terima kasih akak aynora atas perkongsian yang amat berguna ini :) . Nanti boleh aq praktikkan :). Thanks a lot again

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.