Income Adsense Yang Semakin Baik Dalam Tahun 2017

loading...
Income Adsense yang semakin meningkat. Dalam tahun baru 2017 yang baru menjelma, ada sesuatu yang best nak diceritakan dengan anda semua. Sebelum tu nak tanya, ada pasang Adsense kat blog tak? Jika anda ada sebuah blog yang aktif, anda boleh cuba mohon dengan Google untuk menjadi salah seorang publisher mereka. Mohon akaun Adsense dengan Google. Tolong promosikan produk pengiklan dan kemudian dapat komisen atau earning. Mudah je.., tapi cara memohon agak ketat sikit. Kena banyak bersabar.

Cerita tentang duit memang buat orang bulat mata. Cerita tentang earning yang diperoleh dari banner yang dipasang di blog, memang syok! Siapa tak suka duit, ya tak? Namun jangan sampai jadi hamba duit. Maksudnya, jangan berblog kerana nak dapat duit semata-mata. Buat blog sebab nak kongsi manfaat dan ilmu yang kita tahu. Itu je, bila ada dapat earning itu satu bonus tambahan yang kita dapat selain daripada bonus utama iaitu PAHALA dari Allah.

Income Adsense Yang Semakin Bagus Tahun 2017


Gambar printscreen di bawah admin ambil pada hari ini, 5/1/2017. Permulaan tahun baru yang baik. Income Adsense yang semakin bagus. Diharap dapat beri lebih semangat kepada rakan-rakan di luar sana.
 

Sehingga kini income Adsense amat memberangsangkan terutamanya bila saya buat beberapa perkara dalam blog. Antaranya:

a) perletakan iklan Adsense saiz 300 X 250 pada tengah page

b) buang iklan advertiser lain yang berat

c) branding warna blog, kombinasi warna ikut blog/ website popular di dunia

d) layout blog yang lebih "eye catchy"

e) jaga kualiti kandungan artikel - itu wajib!

Cukup itu dulu yang saya share untuk anda di luar sana yang nak berjaya jana income lebih tinggi daripada Adsense. Anda juga boleh praktikkan rebranding niche blog untuk dapat trafik lebih tinggi.

Lebih banyak trafik, insyaa Allah anda boleh dapat income Adsense lebih banyak daripada saya ini, sekadar blogger pinggiran.

Selamat berjaya.

1 comment:

  1. fuh..bila nak dpt income mcm ni dlm sehari..terbaik la..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.