Header Ads

Petua Anak Mudah Bangun Pagi


Advertisement
Petua Anak Mudah Bangun Pagi. Sesi persekolahan telah bermula lagi. Tentu ada banyak ragam yang terjadi pada si comel anda terutamanya waktu nak bangun pagi. Ada yang perlu dikendung ke bilik air, ada yang perlu dipujuk bagai untuk bangun dan ada yang kena kejut beribu kali baru boleh bangun pagi.

Sebagai panduan, saya kongsikan petua dan cara supaya anak anda mudah bangun pagi. Ia bukanlah ada herba atau aroma terapi yang boleh buat mereka bangun sendiri tetapi cara yang nak dikongsikan adalah lebih kepada didikan psikologi kepada mereka.

Petua Anak Mudah Bangun Pagi 


Petua Anak Mudah Bangun Pagi

1. Seeloknya makan malam lebih awal supaya anak-anak boleh tidur lebih awal. Makan malam yang lewat dan berat sebelum waktu tidur boleh menggangu tidur dan membuatkan anak anda lebih susah untuk bangun di pagi hari. Makan lewat, mata pun susah nak lelap. Lebih elok makan sebelum Maghrib. Bagus untuk kesihatan juga.

2. Sebelum tidur, pesanlah untuk mereka baca doa sebelum tidur berserta surah Al-Muawwizat (3 Qul). Anda boleh juga suruh mereka baca surah al Fatihah hingga terlelap. Saya pasti, belum sampai dua kali baca, anak anda sudah terlelap.

3. Gerakkan mereka dengan sopan, bukan agresif. Sentuh hujung ibu jari kaki mereka dan goyangkan perlahan-perlahan. Jangan direntap ibu jari kaki mereka, kelak mereka menyimpan dendam. 

Begitulah antara petua dan cara anak kecil mudah bangun pagi. Lakukan rutin tersebut, insyaa Allah anak anda tak perlu lagi dipaksa bangun dengan wajah yang kelat dan muka masam. 

Kebiasaan di atas memang telah terbukti kepada kedua-dua hero saya. Alhamdulillah, hingga kini mereka akan bangun bila saya picit hujung ibu jari kaki. Ingat ya, jangan sentuh anggota tubuh badan lain dengan kasar, nanti anda lihat mereka terkejut seperti terperanjat. Bahaya untuk nyawa jugak...

Semoga bermanfaat.
Advertisement

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.