Diet Makan Cara Khloe Kardashian Untuk Kurus Sihat

loading...
Diet Makan Cara Khloe Kardashian. Diet cara Khloe ni agak sesuai dengan kita orang Asia. Admin lihat kombinasi makanan yang digunakan pun selalu admin guna juga, jadi harap-harap dapat turun 18kg - 20kg macam Khloe jugak. Dengarnya penurunan ini untuk tempoh 1 tahun lebih, hihi....๐Ÿ˜ tak apa lambat asalkan kesan diet tu bawa manfaat jangka panjang. Ok!!

Dah masuk bulan Februari baru nak berazam diet dan kurus? Ala beb... nak buat apa pun tak kira lambat atau cepat, yang penting mulakan langkah anda sekarang! Bila dah mula diet, usahakan sampai berjaya dan nampak hasil. Ok?!!

Diet Makan Cara Khloe Kardashian


Oleh kerana ia diet makan, jadi admin akan kongsi cara-cara Khloe Kardashian makan setiap hari untuk dapat badan ramping dan langsing. Namun begitu, cara makan begitu mesti disertai dengan senaman juga seperti berjalan kaki, naik basikal dan lain-lain.

Mari kita lihat cara diet makan Khloe yang awesome.

Sarapan dengan telur rebus dan oat. Ia lebih sihat dan mudah disediakan.

Makan tengahari dengan salad dan buah-buahan. Boleh tak? Mesti boleh.


Makan malam cara Khloe Kardashian adalah campuran nasi, dengan ayam, sayur. Nasi adalah untuk sumber kabohidrat. Ambil dalam jumlah yang sedikit.


Pada waktu lapang, snek kegemaran Khloe adalah buah-buahan yang diproses jadi smoothies. Tapi, makan buah segar lagi banyak kandungan khasiatnya.


Untuk special treat atau cheat day cara Khloe Kardashian, dia akan ambil sepotong pizza atau makan coklat kegemarannya.


Secara keseluruhannya,, diet cara Khloe Kardashian memang mudah. Diet secara natural untuk kurus dan sihat. Namun, jangan lupa untuk bersenam seperti admin sebutkan di atas. Sebab apa kena bersenam? Kerana senaman boleh membentuk tubuh lebih tegap dan hilangkan kulit gelebeh selepas kurus.


Menurut penerbit buku yang menulis tentang Diet Khloe Kardashian dalam bukunya,

Her meal secrets include eggs and oatmeal for breakfast, leafy green salads for lunch, fruit and protein shakes for a snack, and dinners with skinless chicken, veggies, sweet potatoes and rice.Oh yeah — don’t forget to drink lots and lots of water, she adds.

Dan jangan lupa untuk beri layanan istimewa kepada tubuh anda dengan makan apa saja, mungkin seminggu sekali.., terpulang pada anda.

Jom sokong kawan-kawan, ahli keluarga dan orang tersayang lakukan diet yang mudah untuk kesihatan yang terbaik. Kesihatan adalah kekayaan yang tak dapat dijual beli. Ingat tu!!

#sumber gambar: Majalah "People"

2 comments:

  1. Really excellent post, I definitely adore this site, keep on it.

    ReplyDelete
  2. This is a topic close to my heart cheers. Thanks

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.