Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Jadi Yang Terbaik

Kali ini saya nak share tips bina kerjaya. Tips ini bukan untuk orang yang kerja aje, untuk pelajar, surirumah, atau pun juga bos...tips ini saya rasa sesuai untuk semua orang. Jadilah yang terbaik walau kat mana kita berada atau bekerja. Ringkas aje tips ini, kan.

Menurut penulis buku 101 Ways to Love Your Job: Stephanie Goddard Davidson, kita bekerja bukan semata2 kerana wang. Kita mahu gembira di tempat kerja, disukai ramai, dapat menyiapkan kerja yang diberikan dalam tempoh yang dikhendaki, dan paling penting hati senang apabila balik rumah. Jadi, nak dapat benda2 tu semua kenalah pegang prinsip kat atas tadi, buat dan jadilah yang terbaik walau siapa pun kita!


Untuk jadi terbaik kenalah hormati orang lain, dengar pendapat rakan2 ataupun bos di tempat kerja. Jika kita rasa tak sesuai dengan fikiran kita, renungkan sejenak dengan akal fikiran, kemudian buat andaian yang positif. Barulah hati kita tenang bila balik rumah. Kalau kita dok asyik tak puas hati dengan orang...kita sendiri yang makan hati akhirnya.

#Aynora: Lebih baik bersikap 'slumber' dari terlalu sensitif pada benda yang remeh temeh.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

1 Comments

  1. Yup so true...be positive and put aside the negative feelings

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.