Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kerang Goreng

Apa agaknya yang sedap di makan pada hari ini? Kalau setiap hari pekena ayam dan ikan tentulah boring. Nak telan nasi pun macam muka ayam berak kapur, terhegeh-hegeh...hihi.

Dalam sibuk mengoogle, ternampak pulak resepi kerang. Wah!!Tentu seronok masak kerang hari ini. Jom kita belajar masak kerang goreng ramai2...saya dah pernah cuba kerang masak singgang. Yang ini tentu best jugak... 

Resepi kerang goreng
  

Resepi Kerang Goreng


Bahan-Bahan:

1/2 kg kerang
8-10 helai cili kering @ cili padi untuk lebih pedas
3 sudu besar udang geragau
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah kecil
garam 
Gula
Bahan Perisa
Sos tiram
Daun limau purut


Cara Membuatnya:

1. Tumiskan semua bahan yang dikisar tadi sehingga naik baunya. 

2. Masukkan kerang yang telah dibersihkan. Gaul sehingga rata sehingga naik baunya.

3. Masukkan sedikit air.

4. Setelah kerang masak, masukkan sedikit garam, gula, serbuk perisa (jika mahu) dan sos tiram. 

5. Taburkan daun limau purut semasa menghidang sebagai penaik bau wangi.

6. Kerang goreng sedia untuk dimakan.  

##kawan2...selamat try, jangan tak try ye..

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close