Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sinopsis Drama Korea My Princess

As-salam,

Artikel ini saya tulis setelah menonton Drama Korea bertajuk My Princess di 8TV. Cerita ini pernah ditayangkan oleh 8TV pada tahun 2012 (kalau tak silap...). Saya amat meminati watak utama yang pegang peranan sebagai puteri iaitu Kim Tae-Hee. Dia amat berbakat, comel, sesuai dengan semua hero yang digandingkan. Pertama kali saya melihat Kim Tae -Hee berlakon adalah dalam drama korea yang bertajuk, Love Story In Havard.  


Seorang pelajar kolej, Lee Seol (Kim Tae-hee), mendapati dirinya seorang puteri dan cucu kepada Maharaja terakhir Dinasti Joseon, iaitu Maharaja Sunjong. Cucu kepada Daehan Group pula, Park Hae-young (Song Seung-hun), telah di berikan mandat untuk mendidik Seol tentang cara dan etika yang betul bagi membolehkannya memenuhi tanggungjawab sebagai seorang puteri. Bagaimanapun, Hae-young berada dalam keadaan yang serba salah dan agak sukar kerana dia telah jatuh cinta kepada Seol, gadis yang akan merampas kekayaannya jika pemerintahan beraja mahu di wujudkan semula. 


Para pelakon utama yang membintangi My Princess

  • Kim Tae-hee sebagai Lee Seol (Lizelle Lee)
  • Song Seung-hun sebagai Park Hae-young (Ethan Park)
  • Park Ye-jin sebagai Oh Yoon-joo (Marga)
  • Ryu Soo-young sebagai Nam Jung-woo (Professor Nam)


My Princess image.jpg  


Ulasan Drama Korea My Princess

Drama ini disiarkan sebanyak 18 episod.  Dalam drama ini Kim Tae Hee bukan sahaja bertindak sebagai seorang puteri, dia juga puteri yang romantik dalam cerita komedi ini. Kim Tae Hee seorang artis yang cantik dan terkenal memegang watak sebagai gadis kolej yang cute yang mengetahui bahawa dirinya adalah seorang puteri yang bakal menerajui sistem beraja. Sementara pelakon lelaki popular Song Seung Heon memainkan perana sebagai seorang diplomat dengan tugasan menukar gadis biasa menjadi puteri istana, tetapi dia juga ada motif tersendiri. Drama ini adalah buah tangan penulis terkenal yang menulis drama Secret Garden dan drama siri Lovers.


p/s: Selamat menonton Drama Korea My Princess di 8TV bermula pukul 3:00 petang setiap hari Isnin - Khamis.

Read More ....


Post a Comment

5 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close