Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Pembayaran Balik Pinjaman Pelajaran Melalui KWSP


As-salam,

Sukacita dimaklumkan  bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meluluskan permohonan Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai  lnstitusi Pemberi Pinjaman (lPP) di bawah pengeluaran pendidikan KWSP. Kelulusan ini membolehkan  peminjam (Pegawai Perkhidmatan  Pendidikan)  yang merupakan ahli KWSP mengeluarkan  simpanan dari Akaun 2 KWSP untuk membayar balik pinjaman  pelajaran  yang telah diterima.

Pembayaran balik pinjaman pelajaran melalui kaedah ini adalah terhad kepada peminjam  yang menandatangani  perjanjian pada 2 Januari  2001 dan ke atas. Maksudnya, bagi peminjam yang tandatangan pinjaman sebelum 2 Januari 2001 tidak layak memohon.

Kementerian Pelajaran Malaysia



PROSEDUR  PERMOHONAN PEMBAYARAN  BALIK PINJAMAN  PELAJARAN
MELALUI AKAUN 2 KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA

1. Peminjam (Ahli KWSP) mengemukakan permohonan rasmi kepada Bahagian Tajaan Pendidikan untuk menggunakan kaedah pembayaran balik pinjaman pelajaran melalui Akaun 2 KWSP.

2. Bahagian Tajaan Pendidikan menyerahkan Penyata Baki Pinjaman Pendidikan kepada peminjam.

3. Peminjam menyediakan dokumen utama dan dokumen sokongan (berdasarkan Senarai Semakan Dokumen di dalam borang Permohonan Pengeluaran Pendidikan - KWSP 9H (Ahli).

4. Peminjam menghantar dokumen utama dan dokumen sokongan (termasuk Penyata Baki Pinjaman) kepada KWSP.

5. KWSP memproses permohonan.

6. KWSP membuat bayaran balik kepada Bahagian Tajaan Pendidikan.

7. Bahagian Tajaan Pendidikan mengeluarkan surat selesai bayar kepada peminjam.



Untuk maklumat lanjut juga, anda boleh juga menghubungi KPM di nombor berikut:

Bahagian Tajaan Pendidikan di talian 03-83217124 atau 
emel : penguatkuasaan@moe.gov.my 

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close