Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Rokok Elektronik Bahaya Untuk Perokok?

As-salam,

Sekarang tengah hot isu pasal rokok elektronik. Kalau sebelum ini susah nak dapatkan rokok elektronik ni, kini di mana-mana ada terjual. Macam-macam brand ada. Tapi berhati-hati kerana ada yang didatangkan dari negara China dan dikhuatiri mutunya. Al-maklum, yang datang dengan harga murah dan mudah, tentu ada dalang di sebalik semua itu..haha

Set rokok elektronik yang ada di rumah 

Oh ya, bercakap pasal rokok elektronik, saya dengar dan lihat di Buletin Utama TV3 ada mengatakan rokok elektronik berbahaya kepada mereka yang bercadang berhenti atau mengurangkan ketagihan merokok. Ada sumber mengatakan bahawa kandungan nakotin di dalam rokok elektronik lebih tinggi berbanding rokok biasa! Saya pun tak pasti, ini kena check betul-betul ni. Sebab, di rumah saya ada satu set rokok elektronik ni, tapi anak saya buat main pondok-pondok. Rupanya sebiji macam rokok biasa, cuma saiznya lebih pendek. Nak guna kena cas dahulu. Macam nak cas telefon...(tapi sekarang saya dah simpan jauh-jauh, macam nak galakkan hero2 saya merokok je??)

Sebab-sebab rokok elektronik bahaya:

  • Rokok elektronik atau “Elecronic Nicotine Delivery Systems” (ENDS) membakar cairan nikotin menggunakan bateri dan wapnya itu akan memasuki liang paru-paru perokok. Produk itu dipasarkan dengan banyak jenama, di antaranya rokok elektronik, ecigarro, electro-smoke, green-cig, dan smartsmoker. Rokok elektronik sebelum ini dianggap sebagai alternatif yang selamat kepada tabiat merokok. Bagaimanapun, satu penyelidikan terbaru menunjukkan ia juga mampu merosakkan paru-paru bagi mereka yang menggunakannya.
  • Alat itu didapati mengakibatkan kekurangan oksigen yang diserap oleh darah hingga mengakibatkan peningkatan segera dalam rintangan udara paru-paru. Kesan itu akan berlarutan selama 10 minit.
  • Sama seperti rokok biasa, rokok elektronik turut membebaskan nikotin melalui wap berbanding asap dan ia mencetuskan banyak perdebatan tentang keselamatan untuk menggunakannya.
  • Kebanyakan alat itu diimport dari China dan dipercayai tidak menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum ia dijual.
  • Tiada jaminan ia selamat digunakan. 

Pembaca tersayang, hentikan dahulu penggunaan rokok elektronik ini sebelum ia terbukti tidak mendatangkan mudarat kepada si penggunanya, ok...


P/s: Bebaskan asap rokok daripada kehidupan kami, pesanan untuk sang suami...





Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close