Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Thesis Blogger Template Tambahkan Trafik Blog

As-salam,

Saya mula menukar template blog saya kepada Thesis Blogger Template daripada forblogger.net pada penghujung 2012. Jika dahulu sejak awal Oktober 2011 ketika saya mula berblog, saya menggunakan designer template by blogger dan juga custom template yang lain untuk kelihatan cantik dan sofistikated. Mungkin saya menukar template 2 bulan sekali untuk menukar citarasa....

Sejak saya menggunakan Thesis Blogger Template, perubahan ketara berlaku pada blog saya. Jika dahulu trafik sehari blog saya sekitar 400 - 500 pageviews, kini setakat hari ini, sehari blog aynoranur.com boleh mendapat 4,500 pageviews sehari. Inilah namanya perubahan yang positif dan jangan takut untuk berubah. Sebagai seorang yang amat minat berblog, saya rasa pembaca perlu tahu apa yang kita rasakan dan tuliskan. Jadi dengan pilihan tukar template yang lebih kemas dan orang kata mesra SEO, blog kita akan didatangi pembaca daripada pelosok dunia.


1) Print screen dari nuffnang untuk tempoh minggu ini (10,466 pageviews)



2) Printscreen dari nuffnang untuk tempoh minggu lepas (4,086 pageviews)

 

Sebagai seorang blogger baru 1 tahun 3 bulan buat blog ini, saya rasa perlu untuk berkongsi dengan korang yang ada di luar sana agar berubah untuk kebaikan. Jangan risau jika blog anda tidak lagi berwarna warni selepas ini, kerana dengan Thesis Blogger Template kita pun boleh buat blog yang cantik. Yang penting ambil kepakaran SEO yang ada dalam TFB/TBT ini.

p/s: Sayang sekiranya ilmu-ilmu yang kita ada tak dapat dibaca oleh orang yang sedang mencari-cari diluar sana. Mungkin kita ada sesuatu ilmu yang orang lain tiada, sharing is loving, means caring for all...   

Read More ....


Post a Comment

10 Comments

  1. tahniah..peningkatan trafik yang begitu tinggi..

    saya pun baru je menggunakan template yg sama pada awal bulan Disember 2012.

    ReplyDelete
    Replies
    1. t/kasih ciklaili. skrg cik laili tengah banyak buat sponsored kepada blogger yea? Galmour dan pemurah...alhamdulilah...

      Delete
  2. sebagai penghargaan & terima kasih saya buat blogger yang turut serta dalam Bloglist Setahun Dari ciklaili.com, saya akan perkenalkan blog tersebut dalam entri khas - Blog Pilihan ciklaili.com. dari senarai Blog Pilihan itu pula, 2 orang penulis jemputan akan diberi peluang & penghormatan untuk menulis di blog ciklaili.com.

    mereka telah menulis entri tentang ciklaili.com & secara tak langsung rakan mereka mengenali ciklaili.com melalui entri tersebut. kini tiba giliran saya pula memperkenalkan mereka di blog saya & blogger bertuah pula akan menulis di blog saya dan diberi saguhati.

    * saya memang nak wujudkan 'win-win situation' di antara blogger. bukan sekadar kata 'win-win situation' tapi pada hakikatnya hanya sebelah pihak sahaja yang WIN dan sebelah pihak lagi LOSS. moga semua yang terlibat akan mendapat manfaat daripadanya :)

    ReplyDelete
  3. Mendadak sgt naik tu. apa kelebihan template ni sbnrnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. template ini dah friendly SEO, dubat khas untuk pengguna blogspot..

      Delete
  4. Replies
    1. iya leeza, sebab template yang guna sekarang ni ready made dgn SEO

      Delete
  5. Salah satu tips yang dicari-cari oleh saya yang newbie sangat dalam bidang ni..terima kasih tuan atas semua perkongsian!.

    ReplyDelete
  6. Memang artikel yang Cukup manfaat kepada blogger2 baru untuk meningkatka pageviews mereka..

    ReplyDelete
  7. Memang artikel yang Cukup manfaat kepada blogger2 baru untuk meningkatka pageviews mereka..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close