Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Yuna menang Anugerah Juara Lagu Ke 27

As-salam,

AJL ke 27 baru sahaja tamat. Kita semua pun tahu siapa pemenang dan hadiah-hadiah yang dimenangi. Tahniah kepada Yuna kerana lagunya Terukir Di Bintang menang AJL Ke 27 dan telah membawa pulang hadiah RM35,000 sebagai Juara AJL. Sayangnya Yuna tidak dapat menyampaikan lagunya sendiri kerana berada di Los Angeles atas urusan kerja dan komitment2 lain. Lagu Yuna telah dinyanyikan oleh Aizat & rakan-rakannya.

 

Senarai Pemenang AJL Ke 27



  • Persembahan Terbaik : Black & RJ - Teman Pengganti
  • Vokal Terbaik : Hafiz - Ku Akui
  • Tempat ke 3 : Ku Akui (Komposer & Lirik - Ajai) - RM12,000
  • Tempat Ke 2 : Idola (Komposer - Audi Mok, Penulis Lirik - Azlan) - RM15,000
  • Juara : Terukir Di Bintang (Komposer & Lirik - Yuna) - RM35,000 

Tahniah kepada semua penyanyi kerana telah membuat persembahan yang hebat! Yang paling best tentulah segmen rockers otai seperti Rahmat Mega, Aris Ariwatan, Joey BPR & Ramli Sarip membuat persembahan kemuncak sambil diiringi oleh para gitaris handalan di Malaysia. Syabas untuk semua!

p/s: Time to sleep, tomorrow will be busy schedule...again...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close