Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Drama Korea I Miss You @ Missing You Lakonan Yoon Eun-Hye

As-salam,

Drama Korea I Miss You kini menjadi sebutan kerana pelakon wanitanya Yoon Eun-Hye sangat popular di negara kita dan juga di korea selatan. Bukan itu sahaja, Eun-Hye sangat pemurah dan beliau berjaya menyelesaikan misi kemanusiaannya ke luar negara melalui sebuah rancangan realiti, Road To Hope. Rancangan tersebut adalah kunjungan para selebriti terkenal korea ke negara-negara miskin bagi berkongsi penderitaan mereka dengan orang luar. 


Maklumat tayangan I Miss You:
    
Jumlah episod : 21
Dibintangi : Park Yoo-Chun (sebagai Han Jung-Woo)
                  Yoon Eun-Hye (sebagai Lee Soo-Yeon/ Joy)
                  Yoo Seong-Ho (sebagai Kang Hyung-Joon/ Harry)
                  Jang Mi In Nae (sebagai Kim Eun Joo)
Tarikh tayangan di TV 9: Setiap Isnin & Selasa (9:30 hingga 10:30 mlm) 


Sinopsis Drama Korea I Miss You/ Missing You

Soo-Yeon (Kim So-Hyun) adalah seorang gadis berumur 15 tahun yang sering menjadi mangsa buli di sekolahnya. Mereka membulinya kerana ayah Soo-Yeon adalah pembunuh. Namun begitu, Soo-Yeon mempunyai seorang rakan baik bernama Jung-Woo yang bertindak sebagai pelindung jika Soo-Yeon dibuli. Soo-Yeon dan Jung-Woo akhirnya bercinta, tetapi kerana satu kejadian kemalangan yang tidak diduga, mereka terpisah. Setelah dewasa mereka ditakdirkan bertemu semula.


Jung-Woo (Park Yoo-Chun) kini telah menjadi detektif dan cinta pertamanya dengan Soo-Yeon sentiasa menganggu memorinya. Sementara Soo-Yeon (Yoon Eun-Hye) kini sudah bergelar pereka fesyen yang cuba  menampilkan personaliti yang ceria, tetapi masih membawa emosi dan luka lama di dalam dirinya. Hyung-Joon (Yoo Seung-Ho) adalah kekasih Soo-Yeon, yang luarannya kelihatan baik dan mesra tetapi sebenarnya dia cuba membalas dendam terhadap Jung-Woo.

Apakah sejarah silam yang pernah tercipta antara Jung-Woo dengan Hyung-Joon hinggakan Hyung-Joon nekad membalas dendam terhadap Jung-Woo?  

Saksikan Drama korea I Miss You di TV9 setiap hari Isnin & Selasa pukul 9:30 malam. Selamat menonton.

Read More ....


Post a Comment

4 Comments

  1. macam best jer. sedih2 ni leeza suka... huuuuuu

    ReplyDelete
  2. dah abes tgok drama nie! TERBAIKK xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ke? dia balik semula dengan teman lelaki dia sejak kecil tu kut, yg jadi polis.

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close