Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Khasiat Buah Anggur Untuk Kesihatan

Khasiat buah anggur. Anggur ialah tumbuhan beriklim sederhana dari keluarga Vitaceae yang digunakan sebagai buah segar dan diproses untuk dibuat minuman, kismis, jus, wain dan sebagainya. Penanaman anggur banyak di negara beriklim sub-tropika atau sederhana sejuk dan kini telah ada jenis-jenisnya yang telah sesuai diadaptasikan dengan iklim tropika.

Putik anggur

Di Malaysia, Negeri Perlis adalah antara negeri yang maju dalam penanaman anggur. Ini kerana sifat semulajadi pokok anggur yang perlukan musim kemarau 3-4 bulan untuk menggalakkan ia berbunga dan berbuah. Tanaman anggur perlukan cahaya matahari yang banyak dan curahan hujan yang kurang dari 800 mm setahun. Penyiraman atau hujan akan mengganggu kadar pengeluaran buah. Suhu yang sesuai antara 31 celsius dan suhu minima tidak kurang 21 celcius dengan kelembapan diperlukan lingkungan 75-80%.

Salah satu  contoh daun anggur

Terdapat empat jenis anggur yang sesuai di tanam di Malaysia iaitu jenis IAC, Black Queen, Black Opal dan New White Malaga. 


Khasiat anggur untuk kesihatan


  1. Mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung dan kehilangan ingatan, 
  2. Sebagai agen antipenuaan, antioksidan, antiradang, 
  3. Menjaga kesihatan kulit, mata, kardiovaskular, 
  4. Juga bagus untuk kesihatan gastrik, kesihatan saluran kencing dan menentang penyakit gusi.
  5. Kandungan vitamin C yang tinggi.
  6. Khasiat lain termasuk vitamin A, B1, B2.
  7. Mempunyal kalori yang rendah.
  8. Mengandungi 80 peratus air dan sumber yang bagus bagi kalium.
  9. Mengandungi phytonutrien, bahan aktif dipercayai melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung. 


Buah anggur ini sangat baik untuk dimakan samada ketika masih segar ataupun sudah kering. Anggur merupakan buah yang mudah dicerna, dapat menggemukkan (kepada yg teringin gemuk) dan dapat memenuhi gizi yang yang cukup dan seimbang. Secara amnya, anggur hijau maupun merah memiliki khasiat yang sama, keduanya boleh dimanfaatkan untuk menjadi buah, makanan, minuman, mahupun sebagai ubat.

Selamat makan buah-buahan untuk kesihatan!

Read More ....


Post a Comment

4 Comments

  1. byk khasiat anggur ni..tq share..lame x mkn anggur

    ReplyDelete
  2. Anggur la mkanan kgmaran aku..haha

    ReplyDelete
  3. Anggur la mkanan kgemaran aku..haha

    ReplyDelete
  4. faveret anggur ni. memang banyak khasiat

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close