Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


PRU13 : Panduan Penggunaan Dakwat Kekal Dalam Pilihanraya

As-salam,

Pilihanraya umum kali ke 13 sudah hampir waktunya. Sebelum ini semua pihak tertunggu-tunggu bilakah parlimen mahu dibubarkan. Kini semuanya sudah jelas. Hari ini bersamaan 3 April 2013 parlimen dibubarkan secara rasminya oleh PM. 

Dan semua orang tahu bahawa tahun ini diperkenalkan penggunaan dakwat kekal dalam Pilihanraya Umum yang Ke 13 di Malaysia untuk para pengundi tetapi pengundi pos dikecualikan.



Cara Penggunaan Dakwat Kekal 


  1. Pengundi yang datang ke Tempat Mengundi dan yang meminta dikeluarkan kertas undi, adalah diwajibkan jari telunjuk kirinya dicalitkan dengan dakwat kekal sebelum kertas undi dikeluarkan kepada pengundi berkenaan; 
  2. Cara mencalit dakwat kekal pada jari telunjuk kiri pengundi adalah dengan mencalitkan dakwat kekal itu dengan menggunakan berus yang disediakan bermula daripada ruas pertama jari telunjuk kiri hingga ke hujung jari atau mana-mana jari kiri jika tiada jari telunjuk kiri atau jari telunjuk kanan jika tiada mana-mana jari kiri atau mana-mana jari kanan jika tiada jari telunjuk kanan atau hujung lengan kiri jika tiada mana-mana jari.
  3. Undang-undang tidak mewajibkan penggunaan dakwat kekal kepada Pengundi Tidak Hadir yang diberi kelulusan untuk mengundi secara pos.
Kertas undi tidak akan dikeluarkan kepada pengundi yang datang untuk mengundi di Tempat Mengundi jika timbul keadaan seperti yang berikut:
  • Pengundi itu enggan menunjukkan jari telunjuk kirinya untuk Kerani Pengundian memastikan sama ada dakwat kekal telah ditandakan pada jari telunjuk kirinya;
  • Pengundi itu enggan membenarkan jari telunjuk kirinya ditandakan dengan dakwat kekal;
  • Pada jari telunjuk kiri pengundi itu telah ada tanda calitan dengan dakwat kekal walaupun tidak terdapat tanda garisan yang telah dibuat di antara Nombor Siri dengan No. Kad Pengenalannya dalam Daftar Pemilih di Tempat Mengundi berkenaan; atau
  • Pada jari telunjuk kiri itu tidak terdapat tanda calitan dengan dakwat kekal tetapi telah ada tanda garisan di antara No. Bilangan dengan No. Kad Pengenalan pengundi berkenaan dalam Daftar Pemilih di Tempat Mengundi itu yang menunjukkan bahawa kertas undi telah dikeluarkan kepadanya.

Jadi,berhati-hati dengan penggunaan dakwat kekal untuk mengundi nanti, ianya bukan sebarangan boleh dicalit di sana sini. Ia haruslah berdasarkan panduan yang tertera di atas.

Selamat mengundi, happy reading!
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments