Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Sardin Masak Kicap Istimewa

As-salam,

Resepi Sardin Masak Kicap Istimewa ! | Masak apa hari ini? Pening dibuatnya apabila nak pergi kerja pepagi buta kena menghadap kuali dan cari idea nak masak apa. Dengan mata yang terkebil-kebil, ternampak pulak tin sardin Ayam Brand, apa lagi jadi mangsa jawabnya sardin dalam tin itu.  



Resepi Sardin Masak Kicap Istimewa


Bahan-bahannya:

  • Sardin saiz sederhana (4 orang makan)
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 inci halia - dihiris
  • 8 - 10 biji cili padi (dihiris) - ikut suka citarasa
  • 1 bungkus kecil sohun di rendam dengan air
  • Sedikit cili sos dan kicap
  • Sedikit garam


Cara Menyediakan:

  1. Tumis semua bahan yang dihiris seperti bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik baunya. 
  2. Setelah itu masukkan sardin berserta cili sos dan gaul rata
  3. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih
  4. Masukkan suhun dan biarkan sementara suhun lembut
  5. Tambah kicap ikut citarasa dan sedikit garam
  6. Sardin istimewa siap untuk dihidangkan 

Selamat menjamu selera dengan resepi ringkas Sardin Masak Kicap Istimewa...





Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. cam best je..
    nak try la petang ni

    ReplyDelete
  2. mmg istewa cikit resepi ni..biasa m3h buat sambal sardin/kari sardin je..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close