Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Semakan Kelayakan Pembiayaan Kenderaan Kakitangan Awam

Semakan Kelayakan Pembiayaan Kenderaan Kakitangan Awam | Kakitangan kerajaan yang memenuhi syarat dan kelayakan boleh memohon pembiayaan kenderaan dengan majikan masing-masing untuk kegunaan yang dibolehkan. Sebelum itu, mari kita lihat syarat-syarat khas memohon pinjaman kenderaan kerajaan:

Siapakah yang boleh memohon pinjaman kenderaan kerajaan persekutuan?

  • Pegawai-pegawai perkhidmatan awam yang berjawatan tetap
  • Pegawai-pegawai yang berkhidmat secara kontrak

Jika pegawai masih dalam tempoh percubaan atau berkhidmat secara kontrak, hendaklah dijamin oleh 2 orang pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan yang telah disahkan dalam jawatannya.


Syarat-syarat asas bagi melayakkan pegawai membuat pinjaman kenderaan kerajaan


  1. Membeli kenderaan yang dibenarkan mengikut kelayakan dan kemampuan seseorang pegawai.
  2. Memerlukan kenderaan untuk menjalankan tugas rasmi dengan sempurna.
  3. Jumlah ansuran potongan bulanan tidak melebihi 1/3 dari gaji pokok.
  4. Jumlah potongan termasuk potongan bagi pembiayaan kenderaan tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok dan elaun bulanan.
  5. Pegawai mesti mempunyai gaji pokok sekurang-kurangnya RM1,620 bagi pembelian kereta.
  6. Mempunyai lesen memandu yang sah. 


Untuk membuat semakan, kakitangan terlibat boleh mengisi maklumat pada borang berikut untuk mendapatkan kelayakan yang sepatutnya.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Salam... Puan, nak tanya berkenaan kelayakan pinjaman kenderaan
    "Jumlah potongan termasuk potongan bagi pembiayaan kenderaan tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok dan elaun bulanan"

    Adakah potongan² di luar payslip seperti loan asb, loan rumah dan kad kredit diambil kira dalam kiraan tak lebih 60% tu?
    Terima kasih

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close