Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Khasiat Buah Nanas Untuk Kesihatan

Khasiat Buah Nanas |  Buah nenas atau juga di eja nanas memang saya telah kenali dari zaman kanak-kanak lagi kerana kebun kami dahulu ditanam dengan pokok nenas. Pernah terjadi jari adik perempuan saya hampir terputus kerana terkena pisau pengopek nenas. Kekadang kami kupas nenas dengan pisau penoreh getah, itulah sejarah kedegilan kami adik beradik yang tak hilang dari ingatan...
     



Di Malaysia, nanas banyak ditanam di negeri Johor, Selangor, Kelantan, dan Pulau Pinang. Nanas ditanam daripada penunasan bahagian atas buah, anak pada pangkal pokok induk atau pangkal buah dan kultur tisu yang dijadikan benih. Ia didebungakan oleh burung. 

 

Khasiat Buah Nanas


1) Buah Nanas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan untuk kesihatan dalam membantu menyembuhkan luka atau cedera di samping penyerapan zat besi ke dalam saluran darah.

2) Kandungan Vitamin B di dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus manakala Vitamin B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat.

3) Kandungan potassium bersama-sama sodium di dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air dalam tubuh manusia.

4) Buah nanas juga mengandungi sejenis enzim yang sangat berguna di dalam sektor perubatan iaitu enzim Bromelin di mana ianya digunakan dalam meluas semasa pembedahan di dalam mengawal pembengkakkan, jangkitan dan menghalang berlakunya pembekuan darah.

5) Buah nanas boleh dimakan begitu sahaja ataupun dibuat jus minuman untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. 

Jus nanas ini bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka. Amalan minum jus nanas, juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas. Enzim yang terdapat pada buah nanas dikatakan boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.

6) Manakala, air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. Nanas bagaimanapun tidak sesuai untuk ibu yang mengandung.

7) Buah dan pokok nanas boleh dijadikan sumber komersial asid organik seperti asid askorbik, asid malik dan asid sitrik. Batang dan buahnya pula boleh digunakan untuk melembutkan daging. 

8) Serabut nanas pula yang diperoleh dari daun nanas boleh dibuat kain yang berkualiti selalunya boleh didapati di Filipina dan Taipei.
9) Memakan nanas boleh mengurangkan ketagihan manisan. Menambah nanas dalam makanan harian juga membantu menurunkan berat badan kerana nanas menyebabkan rasa kenyang tanpa menambah satu auns lemak sekali pun.

Sambil makan nenas dan dicicah dengan kicap, kita boleh juga ketahui khasiatnya untuk tubuh dan kesihatan kita. Selamat membaca...

Read More ....


Post a Comment

4 Comments

  1. nice info...tapi disebabkan nenas ni tajam... buat masa sekarang x dibenarkan memakan buah nenas... *_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa Farah? tak mengapa, bila dah sihat bolehlah makan

      Delete
  2. Jus nenas manis, sungguh lah lazat 🤤

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close