Header Ads

Andai Diberi Pilihan


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Andai Diberi Pilihan
Andai Diberi Pilihan. Antara yang baik dan ikhlas. Mana satu yang kamu pilih? Adakah kamu akan memilih yang baik? Atau ikhlas yang jadi keutamaan? Mana satu terdetik di hati? Mana satu yang kamu rasa akan membahagiakan.

Kehidupan memang selalu begitu. Dalam banyak situasi kita memang kena memilih. Nak makan pun kena pilih, nak yang hidangan panas atau western? Nak minum pun kena pilih. Nak beli baju pun begitu. So, bila kena pilih ikhlas dan baik. Mana satu yang kamu rasa lebih tenang?


Andai Diberi Pilihan


Jangan risau jika anda terpaksa memilih. Antara baik dan ikhlas. Mana satu pilihanmu?

Andai Diberi Pilihan

Andai di beri pilihan..
Jadilah orang yang paling ikhlas 
Dan bukan orang yang paling baik

Kerana..
Orang yang dilihat baik itu belum tentu ikhlas..

Faham ya? 

Ada yang baik dengan kita kerana nama
Ada yang baik kerana kita kaya
Ada yang baik kerana ramai kawan dan network yang luas..

Tetapi,
Yang baik itu kadang-kadang tak baik di belakang kita
Yang nampak baik itu terkadang adalah musuh dalam selimut

Tetapi fikirkan juga
Ikhlas ni umpama semut hitam di malam yang kelam
Tak nampak, tidak kelihatan.
Tetapi ia ada, dan kita rasa..

Berhati-hatilah dalam memilih yang baik kerana ia belum tentu ikhlas.

1 comment:

  1. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sesuatu kan. Kita hanya mampu pilih dan bertawakal kepada Allah Taala ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.