Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

William & Kate Dapat Bayi Lelaki

William & Kate Dapat Bayi Lelaki - Ini pun berita yang menggembirakan. Saya selalu juga mengikuti perkembangan pasangan diraja ini. Saya rasa mereka pasangan yang serasi dan peramah. Jadi, bila dapat tahu mereka dahpun dapat khabar gembira tersebut, lalu saya kongsikan artikel berikut untuk bacaan semua.



LONDON: Putera William dan isterinya, Kate Middleton hari ini dikurniakan bayi lelaki yang bakal menaiki takhta Britain, kata Istana Kensington dalam satu kenyataan.

“Duchess of Cambridge selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 4.24 petang waktu tempatan," kata kenyataan itu.

“Bayi seberat 3.8 kilogram.".

Kate dan bayinya berada dalam keadaan sihat dan akan berada di hospital semalaman.

Putera William turut berada di Hospital St. Mary, di tengah London ketika kelahiran bayinya itu manakala Ratu Elizebeth amat teruja apabila mendapat berita kelahiran bayi pasangan diraja itu. - AFP

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. tahniah buat pasangan diraja Kate & William... ^_^ happy for them...

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close