Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Drama Korea & Sinopsis The Birth Of A Family

Drama Korea & Sinopsis The Birth Of A Family  - Sebuah lagi drama terbaru korea akan bersiaran di saluran Astro ONE HD 393 bagi menggantikan siri menarik Only Because It's You yang akan tamat minggu depan. Drama berkisar kekeluargaan ini dijangka diminati ramai kerana mempersembahkan jalan cerita yang segar dan menarik serta banyak konflik.

Sinopsis Drama Korea The Birth Of A Family 




Drama korea The Birth Of A Family adalah sebuah drama keluarga yang sedih yang menggambarkan kehidupan seorang anak angkat dalam sebuah keluarga yang bernama Lee Soo Jung. Soo Jung hanya mengetahui tentang asal keturunannya selepas bapa angkatnya meninggal dunia. Walaupun begitu, dia berazam untuk menjaga keluarganya. Beliau akhirnya mendapat tahu tentang latar belakang keluarga sebenar dan juga jatuh cinta dengan rakan sekerja beliau, Kang Yoon Jae (Lee Kyu Han).

Dibintangi oleh: Lee So Yeon (Stay With Me, My Love), Lee Han Kyu, dan Lee Chae Young.
Disiarkan pada pukul 10:10 malam, Isnin - Jumaat.

Drama: The Birth of a Family
Pengarah: Ko Heung-Sik
Penulis: Kim Sun-Ok, Kim Young-In
Episode: 115
Bahasa: Korean



Lee Soo Jung (Lee So Yeon) adalah seorang wanita yang baik hati dan bijak tetapi hidupnya berubah apabila bapa angkatnya mati di dalam satu kebakaran. Dia hanya mengetahui kebenaran tentang keluarganya sebaik bapa angkatnya itu meninggal dunia. Dengan rasa terkejut dan sedih, dia berusaha menjaga keluarga angkatnya pula.

Lee Soo Jung juga terlibat dalam hubungan cinta tiga segi apabila dia jatuh cinta dengan rakan sekerja beliau, Kang Yoon Jae, yang juga menjadi pujaan anak perempuan CEO syarikat mereka bekerja yang bernama Ma Ye Ri. Bagaimanakah nasib Lee Soo Jung? Apakah dia berjaya mempertahankan cintanya kepada Kang Yoon Jae?

Sementara itu Kang Yoon Jae yang bekerja di syarikat yang sama dengan Lee Soo Jung, bersikap keras kepala dan selalu menang apabila bertelagah dengan Lee Soo Jung. Mereka sering bergaduh apabila bertemu. Namun, beliau akhirnya jatuh cinta dengan Soo Jung dan terikat dalam terlibat dengan hubungan cinta tiga segi dengan Ma Ye Ri yang mencintainya sejak kecil.

Dapatkah Lee Soo Jung mempertahankan perasaan cintanya pada Kang Yoon Jae setelah di duga dengan bermacam perkara? Apakah sikap kejam dan tidak berhati perut si manja MaYe Ri dapat pembalasan yang setimpal?

Drama The Birth of A Family pastinya akan memberi pengalaman baru anda sebagai keluarga yang seolah-olah dilahirkan semula setelah sebuah kematian berlaku.

Updates!!
##Episode Akhir 115 Drama Korea The Birth of A Family

Selamat menonton Drama korea hebat ini dengan pelbagai plot yang penuh kejutan.

Read More ....


Post a Comment

8 Comments

  1. kannnnn. tak pernah miss lg setakat ni.

    ReplyDelete
  2. best sgt selepas cite soo bin dulu. hahaha

    ReplyDelete
  3. mana leh dpt full drama ni,,,, xsbr tul nk tunggu episod seterusnya.... heheh

    ReplyDelete
  4. ssiape bole beritahu nama ost drama ni??

    ReplyDelete
  5. sy ari2 tgk tiap2 mlm cerita nie...sy x puas ati sy tgk lg dlm on9.....sy minat sgt2 cerita nie...=) sy peminat setia korea....

    ReplyDelete
  6. sy peminat setia cerita korea...sy ari2 tgk cerita nie....mmg best..x puas ati lg..sy tgk dlm on9...=)

    ReplyDelete
  7. siapa nama sebenar encik han ye? anyone yg tahu? T.T

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close