Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

12 Petua Menghilangkan Sakit Gigi

12 Petua Menghilangkan Sakit Gigi - Sakit gigi memang perit. Sakit gigi macam sakit paling trauma dirasai apabila menimpa kita. Semua kerja tak boleh jalan gra-gara sakit gigi. Apakah anda pun berfikiran serupa saya?

Mari kita ketahui cara dan petua menghilangkan sakit gigi yang saya kumpulkan daripada internet:

12 Petua Menghilangkan Sakit Gigi




1) Tempelkan bawang merah yang telah dilumatkan, bersama dengan garam ke dalam gigi berlubang. Untuk lebih mudah, gunakan kapas yang telah disapu dengan bawang tadi lalu letakkan pada gigi yang berlubang tadi.

2) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

3) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

4) Gunakan garam sebagai ubat berkumur. Garam mengandungi zat yodium yang dipercayai dapat menghapuskan bakteria yang menempel pada gigi yang berlubang. Larutkan garam ke dalam air suam dan kumur tiga kali. Lakukan dengan kerap untuk cepat sembuh sakitnya.

5) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

6) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.

7) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

8) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

9) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.

10) Gosokkan Gigi Berlubang Dengan Asam Jawa - Sangrai biji asam jawa secukupnya, kemudian ditumbuk hingga halus. Gosokkan ke gigi yang berlubang dengan kain atau berus gigi.

11) Vitamin C dalam buah-buahan mampu mengurangkan kesakitan akibat sakit gigi. Beberapa buah yang disarankan untuk dimakan: oren, kiwi, papaya, strawberi, dan epal.

12) Pakai Bunga Matahari dan Halia - Bunga matahari (60 gram), Halia (5 gram), dan air (600 cc). Cara rawatan: Bahan tersebut direbus dengan 600 cc air hingga tersisi 300cc air. Kemudian airnya ditapis dan diminum sewaktu masih hangat. Lakukan setiap hari sampai gigi tidak terasa sakit.

Semoga dengan paparan dan perkongsian 12 petua merawat gigi yang sakit di atas dapat mengurangkan masalah anda yang mempunyai masalah sedemikian. Ada sesetengah penyakit boleh dirawat secara tradisional dan ada sesetengahnya pula perlu mendapatkan rawatan orang yang pakar.

Jadi, manfaatkanlah informasi yang berguna ini.

Read More ....


Post a Comment

4 Comments

  1. paling tak suka kalau sakit gigi, tapi setakat ni alhamdulillah, dulu jer masa gigi berlubang sekali, pakai cengkih jer...thanks for sharing...

    ReplyDelete
  2. saya dah jumpa cara plg berkesan . ambil garam , bacakan ayat2 rukyah . bila gigi sakit jer , letak le kat tpt tuh . alhamdulillah , berhasil ...

    ReplyDelete

  3. Info yang menarik mengenai petua rawatan sakit gigi. Sebaik-baiknya, kesihatan gigi dijaga dengan baik bermula dari awal peringkat umur bagi mengelak berlakunya gejala sakit gigi. Kata orang mencegah lebih baik daripada merawat.

    ReplyDelete
  4. memang tak bleh tido kalau kena sakit gigi malam2

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close