Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

4 Tanda Orang Yang Miskin Jiwanya

4 Tanda Orang Yang Miskin Jiwa. Miskin harta dan wang tak mengapa, masih boleh dicari ganti. Tetapi jika kita miskin jiwa.. parah jawabnya. Orang yang miskin jiwa adalah lebih miskin dari orang yang miskin harta. Orang yang miskin jiwa hidupnya tidak tenteram, asyik risaukan perihal orang lain. Bila orang lain tukar kereta baru, dia pun gelabah nak jugak. Bila kita dipuji oleh bos, dia pun dengki cerita kat belakang kata kita kuat ampu.

Hidup atas dunia ini akan aman dan tenang jika kita saling hormat menghormati dan redha dengan apa yang telah diberikan kepada kita. Kunci utama membuang miskin jiwa adalah rasa syukur atas segalanya. Dapat makan untuk hari itu pun dah bersyukur, "terima kasih Allah atas rezeki hari ini." - sentiasa ada kalimat itu dalam jiwa. Insya Allah, kita takkan miskin jiwa!

Kesian tau pada orang yang miskin jiwanya ni. Pandangan mata dan hatinya selalu rasa tak puas hati je pada apa yang berlaku. Senang kata, orang yang miskin jiwanya ni kuat komplen. Semua benda tak betul pada pandangan matanya. Dalam hati penuh hasad dan dengki. Suka perli orang sana sini. Yang paling teruk tu, ada pula yang tak malu mempamerkan aib sendiri demi nak menyakitkan hati orang lain pula. Pelik kan?? Semoga Allah SWT menjauhkan kita dari orang yang sebegini dalam lingkungan persaudaraan dan persahabatan kita semua. Insya Allah.

4 Tanda Orang Yang Miskin Jiwa


1. Suka dengki - hasad dengki memang menebal dalam hatinya. Sentiasa tak tenang melihat orang lain bahagia, dan lebih darinya. Ada yang dengki hingga sanggup melakukan perkara syirik yang dilaknat Allah. Lihat sesuatu perkara tu dari mata lalat, sebab itu orang yang miskin jiwanya nampak benda semua busuk. 

2. Suka dipuji - mudah je nak lihat orang yang miskin jiwanya iaitu mereka suka show off, agar orang lain memuji-muji mereka. Kalau dalam zaman sekarang, paling senang nak suruh orang puji iaitu dengan menunjuk kekayaan di media sosial. Ramai lah yang puji, bila dikritik, kena block! 🤩🤩

4 Tanda Orang Yang Miskin Jiwanya

3. Tidak boleh ditegur - antara ciri orang yang miskin jiwanya adalah tidak boleh ditegur. Asal ada yang menegur, asyik nak naik angin saja. Bila ditegur dia rasa tercabar. Bila kita tegur, mulalah tak nak berkawan dengan kita. Seharusnya kita bersyukur sebab ada yang masih sayangkan kita. Orang tegur sebab sayang..

4 Tanda Orang Yang Miskin Jiwanya

4. Tak pernah rasa cukup - dapat sikit dia merungut, dapat lebih rezeki pun rasa tak puas. Orang yang tak pernah rasa cukup adalah mereka yang susah nak bersyukur. Orang yang miskin jiwa ni ada sifat tamak dalam dirinya. Jangan terlalu tamak ya, orang tamak ni selalu rugi. Macam anjing dengan bayang-bayang. Tetapi para ulama kata, kalau tamak nak kejar pahala Allah, itu memang patut ada dalam diri setiap muslim.

Semoga coretan ini bermanfaat kepada kita semua. Bersyukurlah atas segala nikmat yang Allah berikan dan bersabarlah dengan ujian yang ditimpakan. Allah memberikan sesuatu itu sesuai dengan keperluan kita.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close