Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kerjaya dan Sifat Istiqamah

Kerjaya dan sifat istiqamah - Apa itu istiqamah? Mengapakah sebagai seorang muslim yang meyakini Tuhan yang satu wajib memiliki sifat terpuji tersebut. Dalam artikel ini saya akan mengupas kaitan antara kerjaya dan kaitannya dengan sifat istiqamah ini yang saya cukup yakin dapat membantu menaikkan taraf hidup seseorang untuk maju selangkah ke hadapan dan menjadi hamba yang semakin baik setiap hari. Insya Allah...

Apa itu istiqamah?


Maksud istiqamah yang saya baca dari buku yang bertajuk 'Bimbingan Iman, Akhlak & Amal Soleh oleh H.Luqman Hakim' adalah berdiri teguh pada jalan yang benar dan lurus tanpa sedikitpun berubah sikap dan pendirian dalam apa keadaan sekalipun. Ia merupakan satu-satunya ciri orang-orang yang beriman terhadap Allah S.W.T.

Jadi, apa kaitannya dengan kerjaya seseorang? Jika diimbas maksud istiqamah secara mendalam tentu anda semua setuju dengan saya bahawa jatuh bangun dan berjayanya seseorang itu di dalam kerjaya yang diceburi mestilah disertai dengan sifat istiqamah yang saya sebutkan di atas. Lantas, buang segala sifat yang lemah dan cepat berputus asa. Tanamkan sifat yang terpuji di atas sambil jangan berhenti belajar. Ingatlah wahai sahabat, sesiapa yang tabah berjuang menegakkan hak dan kebenaran, mereka itulah yang menjadi insan yang berjaya dalam kehidupan masing-masing.

Firman Allah S.W.T




Maksudnya:

"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: Allah Tuhan kami, kemudian mereka berpendirian teguh (istiqamah), maka Malaikat-Malaikat akan turun kepada mereka (berkata): Jangan kamu takut dan jangan berduka cita, dan terimalah berita gembira memperoleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

Kami menjadi pelindung kamu dalam kehidupan di dunia ini dan di hari akhirat. Di sana kamu memperoleh semua apa yang menjadi keinginan jiwamu (hatimu), dan di sana kamu memperoleh semua apa yang kamu minta. Sebagai hidangan dari Tuhan yang Pengampun dan Penyayang." (Surah Fussyilat: Ayat 30-32).


 


Maksudnya:

"Dan barangsiapa berpegang dengan Allah, maka sesungguhnya akan dipimpin dia ke jalan yang lurus." (Surah al-Imran: Ayat 101).

Sifat istiqamah ini sungguh indah dan sesiapa yang memiliki sifat ini amat dikasihi oleh Allah. Tambahan pula sifat istiqamah ini dengan sendirinya melahirkan sifat-sifat akhlak lain yang amat terpuji dan boleh memberikan motivasi terhadap kerjaya seperti menyukai kebenaran, sabar, amanah dan sebagainya.

Justeru itu, untuk maju dalam kerjaya kita haruslah memiliki sifat istiqamah ini sehingga apa yang kita impikan boleh dicapai asalkan ianya selaras dengan syariat islam.

Sebarkan Bahagia:

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close