Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Hadiah Dari Allah

Hadiah Dari Allah | Hanya yang mampu sahaja akan teruji mengikut kemampuannya. Itu janji Allah. Dan bagi sesiapa yang berjaya dalam ujian tersebut, hikmah dan kebaikannya akan dihadiahi kepada mereka. Hikmah dan barakah hidup itu yang penting sebenarnya. Hikmah yang bagaimana?

Hikmah dan kebaikan datang dari sumber yang tidak disangka-sangka. Mungkin kita kehilangan seorang anak, maka Allah gantikan dengan berita kehamilan pula. Bukankah itu kebaikan yang membawa bahagia? Dan lagi, bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’ – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah: “…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” Al baqarah 156.

Hadiah tak selalu terbungkus dengan indah. Terkadang Tuhan membungkusnya dengan masalah, tapi di dalamnya ada hikmah dan barakah.


 


Tuhan sayangkan hamba-hambaNya, mengasihi kita setiap saat. Bayangkan merangkak-rangkak kita berhijrah dan berubah ke arah kebaikan, seribu langkah Allah datang kepada kita dengan segala kebaikan. Simpan dalam hati, kukuhkan iman kita. Selalu ingat jika kita diuji, bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.

Salam ukhuwah dan selamat membaca...

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Yea setuju. Jika kita sentiasa berfikiran positif, InshaAllah =)

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close