Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kek Batik Nestum Kacang Paling Mudah

Resepi Kek Batik Nestum Kacang Paling Mudah - Masih dalam mood raya? Adakah anda masih mamai lagi dengan keenakan ketupat, lemang, rendang, sambal kacang ataupun kari ayam di hari raya? Semoga anda semua masih lagi menjaga kesihatan diri dan keluarga pada musim perayaan ini.


Sumber google


Dalam kesibukan beraya, saya sempat belajar cara buat kek batik yang paling mudah, sempoi dan yang penting pasti menjadi. Dah test pun! Anda nak ikut dan cuba cara saya? Meh..

Resepi Kek Batik

- anggaran penyediaan untuk 10 orang


Bahan-bahannya:

1. Satu bungkus butter




2. 1 tin susu pekat manis
3. 2 sudu makan gula
4. 1 cawan nestum
5. 2 cawan milo
6. 1 cawan kacang tanah goreng - ditumbuk kasar


7. Biskut marrie 1 bungkus (setiap keping dipatah enam)




Cara-cara membuatnya:

1. Panaskan kuali
2. Masukkan butter dan biarkan cair seketika. Kemudian masukkan susu pekat manis dan gula. Gaul rata.
3. Masukkan nestum, Milo, kacang dan biskut marrie. Kacau lagi hingga rata.
4. Simpan dalam bekas dan biarkan sejuk sebelum dipotong.
5. Sedia untuk dimakan.




Dengan cara di atas, resepi kek batik ringkas anda pasti menjadi. Kalau nak lagi sedap, simpan seketika di dalam peti ais.

Nota tambahan:
Jika anda mahu kurangkan manis, mungkin boleh kurangkan susu kepada 3/4 tin sahaja.

Read More ....


Post a Comment

5 Comments

  1. Ini resipi yang paling saya suka.. Senang je nak buat..

    ReplyDelete
  2. Kek Batik
    http://lemangpanas90.blogspot.my/2015/10/kek-batik.html

    ReplyDelete
  3. sedapnya... ni kek yang paling saya suka.. saya cpingin cuba buat di rumah.. boleh tak nestum nak ganti oat?

    THanks,
    Resepi Zurayda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga...tapi blender sekejap oat agar tidak terlalu kasar. TQ

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close